bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Jun 2010

Pas Sudah Sedia Hadapi PRU13 - Tapi Mintak Diberikan Notis 3 Bulan...

Pas sudah sedia: Nik Aziz
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7839057.asp


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk mengadakannya dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan tarikh pilihan raya itu secara mengejut sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah tidak wajar sekiranya pendekatan kejutan digunakan sebaliknya kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

“Kalau dia (BN) bersedia kenapa kita tidak, (tetapi) bagi sebuah negara demokrasi tidak boleh buat macam itu (pilihan raya mengejut), mereka yang mengamalkan demokrasi harus umumkan tiga bulan sebelum pilihan raya bagi memberi peluang kedua-dua pihak boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.



Komen Isac;

?????????  ?????????  ????????? 

Orang politik, cakap dah sedia, tapi minta diberikan notis....

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3