bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Jun 2010

DSAI Kata Dia Perjuangkan Hamas dan Palestine - Dengan Bersahabat Dan Mengiktiraf Kewujudan Negara Israel???


Anwar kata Yahudi menyerangnya kerana beliau menyokong Pergerakan Hamas, klik sini. Yang sebenarnya menurut kajian "kumbang" seperti dibawah;

ICG, Shlomo Ben-Ami dan Anwar Ibrahim Sepakat Iktiraf Israel


Kaitan Anwar Ibrahim dengan International Crisis Group(ICG) bukan rahsia lagi apabila Anwar Ibrahim sendiri mengaku menganggotai organisasi itu beberapa hari lalu malah menyokong pula sebarang keputusan organisasi itu termasuklah menandatangani surat sokongan annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Klik sini dan sini.

Apa yang amat difahami ialah ICG sememangnya organisasi mengiktiraf dan memperjuangkan Israel sebagai sebuah negara yang sah dan menggelar Hamas yang memerintah Gaza sebagai pengganas. Klik sini.

Menyingkap sejarah keanggotaan Anwar Ibrahim di dalam organisasi pro zionis itu bermula dengan Gareth Evans, Presiden ICG mengumumkan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Board of Trustees mulai 1 Julai 2006, semasa persidangan ICG di Brussels. Turut dilantik bersama Anwar adalah Shlomo Ben-Ami, bekas Menteri Luar Israel. Klik sini.

Di sini dapat dipertikaikan kemana arah prinsip Anwar Ibrahim, apabila beliau selaku ketua demontrasi bantahan Pakatan Rakyat terhadap serangan Israel kepada kapal bantuan Gaza beberapa hari lalu sanggup duduk 1 meja bermesyuarat dengan bekas Menteri Luar dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel itu .

Antara mesyuarat yang pernah dihadiri dan dipersetujui keputusannya oleh Anwar Ibrahim dan bekas Menteri Israel itu ialah pada 4 Oktober 2006, ICG melancarkan kempen penyelesaian masalah Israel-Palestin berasaskan resolusi UN Security Council 242 of 1967 and 338 of 1973, the Camp David peace accords of 1978, the Clinton Parameters of 2000, the Arab League Initiative of 2002, and the Roadmap proposed in 2003 by the Quartet (UN, US, EU and Russia).

Hasil mesyuarat ini ICG bersetuju menyediakan draf surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush yang mencadangkan resolusi “two state solution” iaitu mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah semua Ahli Jawatankuasa ICG termasuk, Anwar Ibrahim, Gareth Evans, Shlomo Ben-Ami, George Soros, Desmond Tutu, Mary Robinson, Surin Pitsuwan, Morton Abramowitz dan lain-lain. Senarai lengkap klik di sini.

Bermakna jika Steve Clemons mendedahkan nama Anwar tersenarai dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ICG terlebih dahulu telah mengadakan mesyuarat yang sama pada 4 Oktober 2006.

Siapa Shlomo Ben-Ami ?
Shlomo Ben-Ami merupakan bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga Bekas Menteri Luar Israel ketika zaman pemerintahan Ehud Barak (July 1999-Mac 2001).


Shlomo Ben Ami memang terkenal sebagai pembangkang di Israel seperti Anwar di Malaysia, gemar mengkritik polisi kerajaan Netanyahu sekarang yang beliau canangkan sebagai zalim dan korup. Pendirian beliau ini dipertikaikan oleh ahli politik Israel sendiri apabila beliau pernah menyokong segala dasar Ehud Barak sebagai Perdana Menteri yang turut menindas rakyat Palestin. Perkara ini dilihat bermotifkan politik untuk mempertahankan kepentingan beliau di Israel.


Selain daripada mempertahankan bangsa Yahudi dan memerangi Anti Semitik di seluruh dunia. Apa yang amat pasti pendirian Shlomo Ben-Ami amat jelas dalam perjuangannya untuk masyarakat dunia mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah dan cuba untuk mempengaruhi negara-negara Islam menjalankan hubungan diplomatik, mengasihani dan mengiktiraf negara itu. Klik sini.


Beliau kini menganggotai ICG dan juga menjadi Naib Presiden Toledo International Centre for Peace (TICpax) yang bermisikan dari segi luarannya untuk 'berbuat baik' kepada negara-negara Islam yang terlibat di dalam konflik tetapi sebenarnya ia bermisikan untuk negara-negara Islam yang lain menghormati sumbangan dan mengiktiraf negara Israel sebagai negara yang sah. Misi beliau ini turut sama dalam menganggotai ICG. Klik sini.


Antara yang berjaya dipengaruhi oleh Shlomo Ben-Ami ialah ketua demontrasi bantahan Pakatan Rakyat terhadap serangan Israel kepada kapal bantuan Gaza beberapa hari lalu yang bernama Anwar Ibrahim, manusia ini sanggup membasahkan dakwat penanya untuk menandatangani surat sokongan Annapolis Summit yang mengiktiraf pembentukan negara Zionis. Klik sini.


Apa yang ingin dikatakan lagi kepada manusia seperti ini. Adakah beliau tidak pernah tahu mengiktiraf negara Israel adalah seumpama menghalalkan segala penjajahan.penindasan dan pencerobohon kepada bumi Palestin?



3 comments:

  1. PIGIII DAAAHH SI PELIWAT CELAKO! CELAKO! CELAKO! TU. CKP BELIT2. KLU ADE NAGA KT SBLAH..AKU SUH NAGE TU BAHAM DIA DLU BARU AKU BUNUH NAGE TU..GELI AKU YEKKKKKK KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Penyokong Yahudi Anwar ni. Sebab kesetiaannya pada Yahudi maka The Jerusalem Post menghadiahkannya satu promosi besar-besaran sebagai bakal PM Malaysia.

    Hooliganism and communism.

    ReplyDelete
  3. Melayu berhati yahudi. Kerana duit dan pengaruh Anwar akan lakukan apa saja. Dia yakin pengaruh yahudi akan membantu karier politiknya. Teruskan persahabatan dan putar belitmu tapi jgn lupa kes liwat dahlah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3