bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Jun 2010

Peruncit Melayu Sokong Lesen Runcit Barang Kawalan - Mengapa Bukan Melayu Menentang???

FOMCA Serah Memorandum Kepada PM, Sokong Lesen Runcit Barang Kawalan
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/10/mstar_berita/20100610190556&sec=mstar_berita
PUTRAJAYA: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyokong langkah kerajaan menguatkuasakan Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 untuk menjual barang kawalan.

Presiden Fomca Datuk Marimuthu Nadason menerusi memorandum tersebut berkata, keputusan kerajaan itu amat wajar sekali bagi memastikan tidak wujud ketirisan terhadap bekalan barangan kawalan yang diberikan subsidi oleh kerajaan kepadapihak-pihak yang tidak berkenaan.

Katanya, langkah ini juga bagi tujuan mengawal rantaian bekalan barangan kawalan harga benar-benar mencapai objektifnya untuk kegunaan isi rumah dan mengelak daripada ia dijual untuk tujuan komersial, disorok atau diseludup.

"Terdapat 80,000 peruncit di dalam negara yang tidak dikawal dari segi bekalan barang kawalan. Ini boleh mewujudkan ketirisan kepada barang kawalan kerana sesiapa sahaja boleh mendapatkan bekalan daripada pemborong," katanya.

Semalam Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, kira-kira 60,000 daripada 80,000 peruncit di seluruh negara memberi jaminan tidak akan terlibat dengan boikot oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang sebelum ini menyuarakan hasrat kemungkinan menghentikan penjualan tiga barang kawalan bermula Selasa ini.

Katanya, kerajaan akan menggunakan saluran lain untuk membekalkan gula, tepung gandum dan minyak masak kepada pengguna.

Marimuthu berkata, pihaknya berharap kerajaan akan bertegas untuk meneruskanperaturan ini bagi kepentingan pengguna, khususnya krisis bekalan gula yangmeruncing pada masa ini di beberapa buah negeri.

"Kami juga akan menggesa seluruh pengguna, serta anggota gabungan NCWO, Cuepacs dan MBM supaya memboikot peruncit yang tidak mahu menjual barang kawalan tersebut," katanya.

Menurut memorandum itu Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) turut bersetuju terhadap keputusan kerajaan melaksanakan semula lesen runcit barangan kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu Yang Di Pertua Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga Bumiputera Bahagian Pasar Malam Wilayah Persekutuan dan Selangor S.Yalit Hashim pula dalam satu kenyataan hari ini turut menyokong keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung perkara itu. Beliau berkata, pihaknya sedia menerima tanggungjawab sebagai pembekal terus kepada pengguna sekiranya pihak terbabit benar-benar memboikot barangan itu di kedai-kedai runcit milik mereka di seluruh negara.

"Tindakan ini merupakan tanggungjawab sosial bagi membantu pihak kementeriandalam menangani isu yang ditimbulkan dan mencari jalan penyelesaian bagi jangkapendek mahupun jangka panjang," katanya. - BERNAMA



Komen Isac:

Mengapa peniaga-peniaga Cina menentang??? Adakah ia suatu "Perang politik" yang tidak diistiharkan terhadap Kerajaan BN?

2 comments:

  1. dah tentu lah kebanyakan pekedai adalah penyokong DAP, lagi mau tanya. MCA tak boleh kontrol peniaga CINA.

    ReplyDelete
  2. Sebab merekalah yang menjadi punca masalah ini. Sudah tentu mereka tidak mahu masalah ini diselesaikan.

    Will scroundrels be fair in their probe?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3