PELAKON filem Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin (tengah) enggan memberi sebarang komen ketika ditemubual oleh wartawan selepas keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Abdullah Yusof . Jun 24, 2010 5:20 pm
KUALA LUMPUR 24 Jun - Pelakon, penyanyi, pengacara dan model terkenal, Maya Karin Roelcke dan suaminya Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose hadir secara berasingan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Maya Karin, suami muncul di mahkamah syariah
24/06/2010 6:28pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm
KUALA LUMPUR 24 Jun - Pelakon, penyanyi, pengacara dan model terkenal, Maya Karin Roelcke dan suaminya Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose hadir secara berasingan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Maya, 31, tiba di mahkamah tersebut pada pukul 2 petang bersama peguam syarie yang mewakilinya, Husniah Husin sementara suaminya tiba sejam kemudian bersama seorang rakan.
Kesemua mereka memasuki kamar Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selama dua jam.
Sejurus keluar, Maya dan peguam syarienya enggan memberikan sebarang komen ketika disoal oleh media mengenai urusan mereka ke mahkamah tersebut.
Sementara suaminya hanya menjawab, “tiada perceraian”.
Difahamkan pasangan tersebut memfailkan pengesahan pernikahan mereka yang telah dilangsungkan di Itali pada Ogos, dua tahun lalu.
Salam bro, pontianak zaman sekarang banyak yg berupa wanita ayu yang warak...... bukan macam dulu-dulu rambut panjang terurai... yang berjilbab pun ada tau...
ReplyDelete