Published: Isnin Jun 21, 2010 MYT 7:23:00 PM
Updated: Isnin Jun 21, 2010 MYT 8:20:58 PM
Updated: Isnin Jun 21, 2010 MYT 8:20:58 PM
Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata parti itu tidak akan lemah walaupun lebih seribu ulama menyertai Umno.
"Ulama yang menyertai Umno itu akan hanya 'mengorek lubang untuk menguburkan' diri mereka sendiri kerana parti itu tidak akan memberi jawatan penting kepada pemimpin berkenaan.
"Kami tidak berasa terancam kerana akhirnya ulama yang menyertai Umno itu akan menjadi lemah,” katanya di sini hari ini.
Idris berkata demikian sebagai mengulas artikel Umno Online yang mendakwa 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti itu Jumaat ini.
Dalam entri terbaru yang dimuat turun di blognya semalam, Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ragu-ragu dengan dakwaan bahawa bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno.
“Saya tidak yakin Dr Asri akan bekerjasama dengan Umno. Jika beliau menyertai Umno maka tanggapan saya mungkin silap,” katanya. Harun berkata ulama yang menyertai Umno adalah golongan yang tidak bertakwa.
“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah,” ujarnya.
Jelasnya, PAS tidak merasa terancam dengan langkah Umno merekrut ramai golongan ulama. “Umno telah lama mempergunakan semua mufti untuk kepentingan mereka selama ini,” katanya.
Komen Isac;
Kenyataan Datuk Harun Taib bahawa Umno adalah parti yang membenarkan penjualan minuman keras secara terbuka hanyalah "seperti menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri". Rakyaat, khususnya rakyaat Selangor pastinya sedar bahawa di bawah pemerintahan Pakatan di negeri Selangor yang diterajui oleh PKR, DAP dan PAS, arak dijual dengan begitu berleluasa sehingga di permis "7 eleven" di kawasan majoriti Melayu.
Sementara kenyataan Idris Ahmad bahawa "ulamak yang menyertai Umno hanya mengorek lubang untuk menguburkan diri mereka sendiri kerana parti itu tidak akan memberi jawatan penting kepada pemimpin berkenaan" bolehlah kita simpulkan bahawa perjuangan kebanyakkan ulamak-ulamak PAS sebenarnya adalah untuk mengejar pangkat dan kemewahan dunia???
Jestru itu tak mungkin TG Nik Aziz akan sertai Umno walaupun demi perpaduan dan survival Melayu/Bumiputera, kerana dengan menyertai Umno ia tidak menguntungkan bagi PAS...
Jauh beza berbanding dengan Saidina Hassan r.a. yang rela melepaskan jawatan Khalifah demi perpaduan umat Islam....
Jestru itu tak mungkin TG Nik Aziz akan sertai Umno walaupun demi perpaduan dan survival Melayu/Bumiputera, kerana dengan menyertai Umno ia tidak menguntungkan bagi PAS...
Jauh beza berbanding dengan Saidina Hassan r.a. yang rela melepaskan jawatan Khalifah demi perpaduan umat Islam....
Juga jauh bezanya dengan ulamak-ulamak terdahulu yang "zuhud" bahkan Imam yang empat (pengasas mazhab ahlul sunnah waljamaahpun), jangankan pangkat, harta dan kemewahan dunia, "balasan" dunia buat mereka adalah hukuman penjara dan sebat...
Ke mana ulamak-ulamak PAS ni nak bawa kita agaknya??? Tapi masih ramai lagi yang buta mata dan hati mereka....
kata memperjuangkan agama Islam tapi bila Ustaz Asri nak masuk UMNO diorg boleh pulak ckp xkan dapat jawatan...tu namanya perjuangan utk mendapatkan jawatan...hipokrit sungguh alamak2 pas nih
ReplyDelete