bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Jun 2010

Kemungkinan Terlucut Jawatan Ahli Parlimen - Tian Chua Gumbira Yang Tidak Berpanjangan???

Tian Chua: Saya masih MP Batu sah

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Pakatan Rakyat kelihatan membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil tetapi wakil rakyat Tian Chua dari PKR bertegas beliau masih merupakan Ahli Parlimen Batu yang sah.

“Saya Ahli Parlimen Batu. Tiada kekeliruan (dalam hal ini),” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi menerusi telefon hari ini.

Dalam suara kelihatan tenang, beliau berkata jika pendakwa raya masih mahu meneruskan usaha mengenakan tuduhan, mereka boleh merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

“Melainkan ia sudah jelas. Hakim berkata beliau mengkaji semula keputusan awal, jadi tidak akan ada pilihan raya kecil kerana ia menjejaskan kepentingan awam.

“Jadi mereka yang tidak gembira boleh merayu keputusan di mahkamah yang lebih tinggi,” kata beliau.
Wakil rakyat itu berkata beliau masih menunggu keputusan bertulis Hakim Datuk Ghazali Cha.

“Apa jua jumlah (denda yang dikenakan), beliau akan menulis (memberikan jawapan bertulis), ia akan menggambarkan hasrat beliau bahawa tidak harus ada pilihan raya kecil di Batu.

“Ini bermakna saya masih MP,” kata Pengarah Strategi PKR ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata berkata oleh kerana hakim sudah menentukan RM2,000 Tian Chua boleh dianggap sebagai sudah tidak layak memegang kerusinya lagi.



Komen Isac;

Mana kan tidak, mamat "gigit telinga polis" ni tentu tidak boleh terima kenyataan bakal terlepas jawatan Ahli Parlimen..... Apa lagi apabila diberitakan klik sini, PKR berura-ura mahu meletakkan Dato' Zaid Ibrahim sebagai calon di kawasan Parlimen Batu.

Jika benar, mungkin BN/Umno boleh meletakkan Awang Adek untuk melawan beliau, dua-dua dari Kelantan. Seorang dikaitkan dengan arak dan seorang pula dikaitkan dengan lesen judi...

3 comments:

  1. sekarang baru tian chua tahu langit tinggi ke rendah.dia berasa besar kepala sangat.

    ReplyDelete
  2. Meroyan macam Nizar. Saya masih MB Perak yang sah. Pirah.

    ReplyDelete
  3. Please Make Nation of Muhammad Very strong

    Put this logo in your blog

    And please help me for make

    this Campaign Internationality in anther blog of Muslim

    I am from Makkah and I don’t no English very well only Arabic

    Thank you
    God bless us

    The Link

    http://krkr111.blogspot.com/2010/06/campaign-one-body.html

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3