bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Jun 2010

Terbaru!!! Kapal Rachel Corrie Dipintas Rejim Zionis???

Israel rampas Rachel Corrie pula
http://www.malaysiakini.com/news/133681
Jun 5, 10 11:14am

Tentera Israel hari ini merampas sebuah lagi flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie yang turut memuatkan aktivis daripada Malaysia.

Dua kapal perang angkatan laut Israel terlibat dalam rampasan itu. Tiada sebarang pergelutan atau kecederan setakat ini, lapor The Star yang memetik Irish Radio and the pergerakan Free Gaza.

Astro Awani pula melaporkan kapal itu dirampas 35 nautika daripada Gaza setelah dikepung tentera Israel pada jam 9.43 pagi tadi. Enam aktivis daripada Malaysia, termasuk 2 wartawan penyiaran turut serta dalam pelayaran itu.

Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusuf dipetik memberitahu stesen televisyen itu, pihaknya difahamkan alat nagivasi (radar) Rachel Corrie tidak lagi berfungsi.

Katanya, ia menyebabkan Racchel Corrie tidak dapat mengesan kehadiran kapal lain di sekitarnya. Bagaimanapun, tambah Sufi, pihaknya masih cuba mengesahkan rampasan oleh tentera Israel itu.

Semalam, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan Rachel Corrie tidak akan berpeluang mencecah pesisir pantai Gaza.



Komen Isac;

Turut berada di kapal tersebut adalah tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal (Wartawan Veteran & Pengacara Sambilan Awani), Peguam Matthias Chang (Bekas S/U Tun Mahathir) dan Ahmad Faizal Azumu (Pemuda Umno), Mohd Nizar Zakaria (Anggota Parlimen kawasan Parit-BN), wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Mudah-mudahan mereka selamat, mudah-mudahan juga warga dunia bangkit menekan rejim zionis dan semoga Amerika Syarikat bangkit untuk memainkan peranan meraka sebagai "Polis Dunia" agar kepungan ke atas Gaza dan keseluruhan Palestine dapat ditamatkan...

Walaupun laporan terbaru mengatakan bahawa tentera rejim Zionis masih belun menaiki kapal Rachel Corrie, tetapi tiga buah kapal peronda milik Israel sedang mengikuti rapat kapal Rachel Corrie.

Juga dilaporkan di web berikut;

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/5/mstar_berita/20100605120521&sec=mstar_berita

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TenteraIsraelpintaskapalmisibantuanRachelCorrie/Article

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RachelCorridiekorirapattenteraIsrael_PGPO/Article





1 comment:

  1. Salam,

    Itu semua khabar angin je bro, Kapal Rachell Corrie skrg berada 55 batu nautika dari semenanjung Gaza.

    -Mr.Puaka-

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3