bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Jun 2010

Israel Bebas 12 Warga Negara Malaysia Yang Ditawan - Bukti Umno Proksi Zionis???

Jun 2, 10 11:22am
http://www.malaysiakini.com/news/133377

Israel, yang menghadapi tekanan antarabangsa berhubung serangannya ke atas flotila kemanusian yang menghantar bantuan kepada Gaza, Isnin lalu bersetuju membebaskan semua tawanannya dari kapal Mavi Marmara, termasuk 12 rakyat Malaysia.

Menurut laporan Reuters, rejim Yahudi itu dijangka menghalau semua 682 aktivis pro-Palestin yang ditawan itu, membabitkan 35 negara. Pada kejadian itu, sembilan orang dilaporkan terbunuh manakala puluhan yang lain cedera. Sebelum ini, rejim Israel itu dilaporkan akan mendakwa sebahagian daripada aktivis berkenaan. Jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semua tahan akan diusir secepat mungkin dan rejim Zionis itu berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh 48 jam ini.Sementara itu, AFP melaporkan kira-kira 50 aktivis Turki yang ditahan dalam serbuan tentera Israel itu mula dibebaskan dari penjara, hari ini.

"Kumpulan pertama terdiri 50 negara Turki sudah meninggalkan penjara Beersheva menggunakan bas ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv sebelum pulang ke tanah air mereka," kata pegawai kerajaan Israel.


Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.


“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau. Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Wisma Putra menggunakan semua saluran bagi membebaskan semua tawanan Malaysia yang berada di kapal itu.

Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada.

Jordan dan Turki sudah menyatakan kesediaan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia itu.



Ini Pula Laporan Mstar
http://www.malaysiakini.com/news/133377
12 Sukarelawan Malaysia Dibebaskan, Kini Di Jordan
PETALING JAYA: 12 warga Malaysia yang ditahan rejim Zionis selamat tiba di Jordan lapor wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang antara dibebaskan.



Komen Isac;

Itu yang mungkin akan dikatakan oleh Pakatan Rakyaat....Tetapi sekiranya warga-warga Malaysia tersebut tidak dibebaskan  pastinya mereka akan menyalahkan Kerajaan...

Susah nak puaskan hati semua orang, terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan politik!!!

Yang jelas rejim Zionis telah membebaskan semua aktivis-aktivis yang ditahan sebelum ini dan bukannya warga Malaysia sahaja yang dibebaskan.

Tentunya penahanan mereka 68 batu di luar perairan Gaza membuatkan rejim Zionis tiada pilihan lain kecuali membebaskan mereka semua, kerana dari segi undang-undang antarabangsa, penahanan mereka ini semua adalah "tidak sah", bak kata Dato' Mukriz laksana tindakan lanun.

1 comment:

  1. Pembangkang ni cakap ja besar tp otak kosong. Betul kalau K'jaan tidak buat apa apa habis satu malaya K;jaan kena kutuk rapat rapat kata kecut. Bila K;jaan tolong pulak lain cerita mereka buat rekaan. Habis Aljuburi dan sekutunya buat apa? Goyang anu je...baik PAS DAP hek pun tak huk pun tak..bukan apa takut kan Aljuburi naik meroyan pulak bila PAS atau DAP buat kacau daun dgn geng geng yahudi laknatullah tu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3