http://www.malaysiakini.com/news/135556
Puteri Aida Haryani
Jun 25, 10
4:12pm
Dewan Pemuda PAS mencabar pihak-pihak tertentu supaya bertanggungjawab dan mengemukakan bukti kukuh mengenai dakwaan yang mengaitkan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan aktiviti keganasan.
Ketuanya Nasruddin Hassan (kiri) berkata, sekiranya tidak dapat berbuat sedemikian, mereka hendaklah menarik balik segala tuduhan yang dibuat dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
"...atau mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas ," katanya.
Selasa lalu, memetik sumber-sumber, Malaysiakini melaporkan Abdul Hadi, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan muftinya sekarang Dr Juanda Jaya dikaitkan dengan 'lingkaran' Wahabi, Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Zamihan Mat Zin (bawah) - yang dikatakan membuat dakwaan itu - menjelaskan beliau hanya menyebut nama Dr Asri seorang dalam taklimat anjuran polis itu.
Menulis dalam blognya semalam, Nasrudin berkata, perancangan pihak tertentu untuk mensabitkan tokoh-tokoh tertentu sebagai pengganas telah "terdedah kepada umum sebelum berjaya membuat tangkapan".
"Tentunya pendedahan yang dibuat oleh pihak media menyukarkan mereka bertindak. "Justeru mereka terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat dan sebagai sebuah kerajaan yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, pasti sahaja mereka terpaksa mengambil kira soal persepsi rakyat," katanya.
Beliau juga menulis, mesyuarat terbaru dewan itu mengambil sikap menentang sekeras-kerasnya "niat dan tindakan jahat" sesiapa yang menyenaraikan Abdul Hadi sebagai pengganas.
Menurut beliau tuduhan itu - yang diibaratkan sebagai "lagu lama kembali kedengaran" - seolah-olah mahu menjatuhkan reputasi seorang pejuang Islam.
Komen Isac;
Amanat TG Haji Hadi yang pernah "mengkafirkan" Umno sepatutnya dirujuk kembali... Bahkan TG Nik Aziz juga baru-baru ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS tidak pernah "mengkafirkan" Umno, sebaliknya yang "mengkafirkan" Umno hanyalah militan PAS.
Apa yang TG Nik Aziz maksudkan dengan militan PAS? Mengapa PAS tidak boleh mengawal ahlinya? Mengapa mesti ada golongan militan dalam PAS? Adakah militan PAS adalah sayap JI? Adakah TG Nik Aziz "menggelar" TG Hj. Hadi sebagai "militan PAS" kerana "Amanat Hj Hadi" yang telah mengkafirkan Umno?
Mengapa TG Nik Aziz tidak sehaluan dengan TG Hj. Hadi dalam isu ini?
Semasa PRK Bagan Pinang, suatu seruan jihad telah dicanang agar penyokong-penyokong PAS datang beramai-ramai ke sana kerana kononnya seorang penyokong PAS telah ditetak oleh penyokong-penyokong Umno. Ia adalah suatu propaganda yang amat jahat dan boleh mencetuskan rusuhan dan pentempuran. Katanya seruan tersebut telah dicanangkan oleh Nasruddin Tantawi. Sekiranya ianya terbukti benar, bukankah ini cara-cara group militan? Mirip cara JI?
Sekiranya ada bukti, pihak berkuasa perlu bertindak!!! Jestru itu semua pihak perlu lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan...
Salam tuan blog n semua...
ReplyDeleteMemang sedih dan malu melihatkan senario politik negara, ditambah pula dengan sebuah Parti yang mengaku ISLAM dan menegakkan ISLAM namun dari awal penubuhannya sudah tidak melambangkan ISLAM,lantas menjadi suara lantang membangkang menyelar Pemerintah.
ini bukan ISLAM.
ini bukan akhlak yang ditinggal kan Nabi SAW.
Kekerasan dan paksaan bukan jalan tarbiyah Baginda Nabi namun lihatlah keadaan kini .
Tarbiyah yang mencampuradukkan sesi khianat,hamburan kata kesat nista,mengkufar kafirkan,penghinaan malah taburan fitnah.
Ingatlah ..."jika engkau mengguna ISLAM demi mengumpul puing puing dunia, sebenarnya engkau sedang menghancurkan Agama mu".
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
ReplyDeleteKami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.
Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.
Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.
Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.
Isac, sama saja, cuma PAS terlalu bijak berselindung disebalik jubah.... kalau dilihat isu-isu cuba mengganas sebelum ini, boleh dikatakan semuanya melibatkan PAS......
ReplyDelete