http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7795645.asp
KOTA BAHRU - Dewan Pemuda Pas Pusat menolak sebarang hubungan politik, ekonomi atau melalui pihak ketiga kepada rejim Israel kerana kekejaman yang dilakukan mereka terhadap penduduk Palestin dan seluruh dunia Islam.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, salah satu daripada agenda menyelamatkan negara yang harus didukung bersama ialah mengekang penyusupan agen-agen asing khususnya proksi Zionis dari menerobos masuk ke negara ini.
Menurutnya, laporan mengenai kerajaan Malaysia yang telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Apco Worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej negara di peringkat antarabangsa sebagai memeranjatkan dan mendukacitakan.
”Dewan Pemuda Pas tidak boleh bertolak ansur dengan pelantikan firma asing semata-mata untuk membersihkan imej kepimpinan negara yang tercalar di peringkat antarabangsa.
”Kenapa syarikat Apco yang dilantik sangat diragukan kredibilitinya kerana mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis Israel,” katanya pada sesi ucaptama Dewan Pemuda Pas Pusat semalam.
Nasrudin turut mendedahkan bahawa Apco mempunyai Majlis Penasihat Antarabangsa (IAC) dari latar belakang dan pengalaman termasuklah bekas duta, pemimpin negara dan penasihat dari pelbagai badan dan organisasi dunia.
”Malah antara penasihat itu ialah tiga personaliti yang bekerja dengan Israel, mereka ialah Doron Bergerbest Eilon iaitu bekas pegawai kanan Agensi Keselamatan Israel dan Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke Amerika Syarikat dan Presiden Universiti Tel Aviv dan terakhir Shimon Stein, bekas duta Israel ke Jerman,” katanya.
Nasrudin juga menjelaskan ancaman lain yang turut melanda negara sekarang adalah indeks jenayah yang semakin parah dan cadangan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang mahu meluluskan lesen judi sukan.
”Dewan Pemuda Pas memberikan komitmen untuk menggerakkan rakyat agar menentang kemungkaran judi yang tiada agama membenarkannya, kini rakyat bertanya, agama apakah yang sedang dianuti UMNO dan BN apabila mereka meluluskan lesen perjudian ini?,” katanya.
Menurutnya, kerajaan PR mesti beri komitmen serupa untuk memerangi jenayah judi ini dengan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian di wilayah penguasaan mereka.
Muktamar Pas kali ke-51 tahun ini diadakan di Kota Bahru bermula semalam akan berakhir Ahad ini.
Komen Isac;
Siapa yang bersengkokol dengan Yahudi sebenarnya??? Klik sini.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.