Gambar hiasan Sukhoi. - Foto AFP
BESUT: Pesawat pejuang Sukhoi (gambar) milik Tentera Udara Diraja Malaysia dijangka menjadi tarikan pada Hari Terbuka dan Kesihatan Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak di sini Khamis dan Jumaat ini.
Pegawai Perhubungan Pangkalan, Kapten Hasrul Taufek Roslan, berkata pesawat buatan Rusia itu akan membuat lintasan udara pada 9 pagi dan 2.30 petang pada Khamis dan pada 9.30 pagi dan 3 petang pada Jumaat.
Hari Terbuka itu juga akan dipenuhi dengan pertunjukan tempur tanpa senjata anggota TUDM, persembahan pancaragam, persembahan pesawat kawalan jauh, kawat kaki dan demonstrasi Bomba Pangkalan.
Turut diadakan juga acara sukaneka, pameran, Forum Perdana Ehwal Islam pada 9 malam Khamis dan persembahan kebudayaan dan kesenian pada 9 malam hari kedua.
Hasrul Taufek berkata orang ramai khususnya penduduk Besut dan Pasir Putih dijemput hadir. - BERNAMA
boleh buat bisnes ni, jual kapas, sumbat masuk tingerrr... hehehehehe
ReplyDelete