Adun Sri Muda, Batu Caves diminta beri SPRM keterangan esok
June 30, 2010
SHAH ALAM, 30 Jun — Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menerima notis pemeriksaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.
Pengarah Penerangan Selangor bagi pihak kerajaan negeri, Dr Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan hari ini berkata dua ADUN terbabit ialah Suhaimi Shafie (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves).
Badrul Amin berkata kedua-dua ADUN berkenaan menerima notis itu pada Isnin meminta mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 iaitu memberi dan menerima suapan.
“Kedua-dua mereka akan hadir esok ke pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 3 petang bagi membantu dan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada SPRM,” katanya.
Sementara itu, Suhaimi ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima notis itu dan akan memberikan keterangan esok namun tidak tahu mengenai siasatan yang akan dijalankan. “Ya, saya ada menerima notis itu dan akan memberi keterangan bersama peguam esok dan perkembangan lanjut mengenai tujuan saya dipanggil akan diumumkan kemudian kerana saya sendiri tidak pasti ia berkenaan kes apa sebenarnya,” katanya. — Bernama
Komen Isac:
Semua YB dan saksi-saksi lain perlulah diberikan pengawasan keselamatan yang sewajarnya dan pengunjung-pengunjung di SPRM juga perlulah diawasi dan dihadkan pegerakkan mereka. Ini penting kerana jika sesuatu berlaku yang akan dipersalahkan adalah SPRM sendiri. Belajarlah dari kesilapan yang lalu...
Jangan sampai peristiwa yang berlaku ke atas mendiang Teoh berulang... Kita memang selalu bersangka baik, selalu berbuat baik tetapi orang lain hanya menunggu masa untuk mengambil peluang di atas kebaikkan kita....
Cadangan:
ReplyDeletePada seiap tingkap bangunan hendaklah dipasang notis:
'JANGAN MEMBUNUH DIRI DI SINI. SILA LAKUKAN DI RUMAH ANDA SENDIRI'.
Tuan,
ReplyDeleteMohon untuk menyertai perjuangan tuan untuk bangsa. Saya mohon izin link blog tuan dalam blog list saya. saya mohon agar tuan dapat meng'link'kan blog saya ke blog list tuan
Url saya http://cikguleepk.blogspot.com/
terima kasih
Salam,
ReplyDeletesetuju bro, baru terfikir nak tulis tadi.
Chegu pencen
ReplyDeleteAku cadangkan bangunan SPRM dan lain lain bangunan kerajaan di pasang jaring keselamatan di luar bangunan agar sesiapa yang cuba bunuh diri dapat ditangkap hidup hidup dan diminta beri keterangan sebab sebab mau bunuh diri.....