Sunday, 30 May 2010
Chegubard cabar Shamsul jawatan ketua pemuda PKR?
Oleh G. Manimaran
Ada kemungkinan Shamsul akan dicabar untuk jawatan ketua pemuda PKR di hujung tahun ini. — Gambar oleh Jack Ooi
KOTA BARU, 30 Mei — Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi jawatan ketua pemuda parti itu hujung tahun ini.
“Bagi saya kalau cabang merasakan saya mampu untuk melakukan tugas itu dengan baik, saya akan timbangkan... itu terpulang kepada akar umbi,” kata beliau Badrul yang lebih mesra dikenali sebagai “Chegubard” kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan ada pihak yang mahu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR.
Menjawab kemungkinan itu, Badrul, 33, berkata, “kalau ada peluang untuk memenangi jawatan naib presiden, mengapa tidak melihat kemungkinan itu.”
Pun begitu Badrul menjelaskan, oleh kerana pemilihan masih jauh lagi, beliau belum memikirkan perkara tersebut.
Pada pilihan raya umum lalu Badrul bertanding di kerusi Parlimen Rembau.
Ketika ditanya sama ada beliau didesak mencabar Shamsul Iskandar kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinannya, Badrul yang juga anggota Majlis pimpinan Pusat (MPP) menjelaskan:
“Ini bukan soal gembira atau tidak gembira dengan prestasi beliau (Shamsul)... beliau telah memberikan yang terbaik untuk membina parti.”
Shamsul Iskandar dipilih sebagai Ketua AMK pada 2007 selepas ia kosong ekoran keputusan Mohamad Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR.
Ketika itu Shamsul Iskandar merupakan Naib Ketua AMK.
Badrul juga menolak tanggapan bahawa beliau akan bergerak ke kedudukan lebih rendah jika bertanding jawatan Ketua AMK.
Komen Isac;
Sememangnya Shamsul boleh dikatakan Ketua AMK yang palig kurang menonjol sejak dari Parti Keadilan ditubuhkan lagi. Berbanding dengan ketua-ketuanya yang terdahulu Shamsul dilihat tenggelam.
Jestru iru jika beliau mahu melompat keluar menyertaai Umnopun belum tentu beliau diterima. Pada pandangan penulis Umno pastinya lebih suka jika Shamsul terus menerajui AMK...
eloknya KJ dapat jumpa Shamsul ajak isi borang UMNO dgn kadar segera
ReplyDelete