bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Apr 2010

TG Nik Aziz Bela Zaid, Juga Tak Puashati Kerana di halang Berpolitik di Masjid.

Ceramah Politik Dalam Masjid Tak Salah - Nik Aziz

KUALA KUBU BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.

Jawapan dan komen kepada persoalan yang dikemukakan oleh Nik Aziz, dinyatakan sekali di sini;

"Siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid. Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Ini kerja saki baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.


Jawapannya;

Memang benar, tetapi pernahkah kita dengar Nabi Muhammad s.a.w menggunakan masjid untuk memecah-belahkan umat, mengadu-dumba, memaki musuh-musuhnya di mimbar? Mengeluarkan fatwa yang berbeza-beza dan sentiasa bertukar-tukar demi "kepentingan politik" baginda?


Kata Nik Aziz lagi, "Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial.

"Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Banglo Pejabat Daerah Hulu Selangor di sini malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi.

Sultan Sharafuddin sebelum ini bahawa bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik. Dalam perkembangan lain, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyerang peribadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu perkara yang memalukan bagi politik di Malaysia.

"Umno tidak ada modal. Calon ini calon parti. Kalau Umno ada modal serang partilah. Jangan serang tubuh badan calon, ini kerja bodoh, kerja budak-budak," katanya.

Jawapannya,

KOTA BHARU, 4 Okt 2009: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep "1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang.

Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.
 
Itu belum cerita pasal Rohaizat berbini dua, calon Umno kononnya melangan pelacur di Danok (Thailand), Minah Ronggeng dan lain-lain.


Tegasnya, jika parti A lawan parti B, maka Umno perlu lawan dengan parti yang bertanding dan bukannya menyerang peribadi lawan.

"Kalau dia boleh bertumbuk, lari atau debik (pukul) semata-mata untuk lepas geram itu tanda dia tak boleh lawan. Dia hanya nak buat hujah dan asyik serang peribadi," tegasnya lagi

Jawapannya,


Foto 1: Ini siapa punya kerja? Cabut dan Rosakkan Poster BN - Bukti Pakatan tak ada isu?
Tak mampu lawan BN secara gentleman Jadi Menghalalkan Mereka Untuk Khianat?



Foto 2: Sampai Masuk Lokap, Kerana Mensabotaj Poster BN. Bukan Kerja Orang Bacul Ke TG?




Foto 3: TG, Ini Kerja Siapa Pula? Nak Lawan Najib X Boleh, Jadi Bukti Terpaksa Direka?
Anak Buah Siapa Yang Buat Ni?



Bila Pas dan sekutu buat semua boleh, semua halal....

2 comments:

  1. Walau pun karat tu akan menang tapi UMNO masih kalah sebab masih percaya pada species karat ini. Masih segar dalam ingatan macamana kaum karat ni mengugut BN kalah 5 negeri semasa keputusan awal PRU 13 dulu.Menang sorak kampung tergadai lagi. TAHNIAH . Noparty

    ReplyDelete
  2. Ahli PAS tiap2 tahun menunaikan haji & umrah dan kembali ke tanahair berkat haji mabrur. Tiap2 hari membaca surah Yasin. Membuat sembahyang di stadium penuh sesak. Tapi apabila menjadi penceramah mulalah membuat pembohongan, memfitnah, penipuan, hasutan dll. Ini lah PAS sebenarnya. Kerana ingin kuasa politik sanggup membiarkan Melayu di hina Islam di pijak

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3