Komen Isac;
Memang bagus, apabila Pas mampu mempunyai "Markas" baru berdekatan dengan Putrajaya yang bakal menelan belanja RM 27 Juta. Ini akan menunjukkan bahawa parti Islam juga, mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan parti-parti lain.
Cuma yang penulis muskilkan mengapa Pas lebih ghairah membina markas demi markas berbanding rumah-rumah Allah (masjid-masjid).... Menurut rekod sepanjang 20 tahun pemerintahan di Kelantan, hanya tiga (3) buah masjid sahaja yang telah dibina oleh Pas berbanding markas-markas parti yang berada di segenap pelusuk kampung.
Adakah kerana masjid tidak boleh didaftarkan atas milik parti/persendirian maka Pas keberatan untuk membina masjid? Takut-takut nanti hak miliknya berpindah tangan, sebagaimana Umno yang banyak membina balai-balairaya dan dewan-dewan serba-guna yang akhirnya berpindah milik apabila BN kalah di empat (4) negeri dalam PRU 12 yang lalu?
Ataupun adakah Pas beranggapan pembinaan masjid-masjid adalah "tugas" dan tanggung jawab Kerajaan Pusat semata-mata?
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.