bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Apr 2010

Nazri Atau Karpal Yang "Menghina Mahkamah"???

'Pornthip bohong' - Hina mahkamah ke atas Nazri
Hafiz Yatim
Apr 16, 10 1:13pm

Peguam, Karpal Singh hari ini memfailkan permohonan bagi mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menghina mahkamah kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong' Permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah Rendah 1948 berhubung kenyataan Nazri kepada Malaysiakini pada 11 April lalu berhubung inkues Teoh Beng Hock.

Nazri dipetik sebagai berkata: “Dia pembohong. Dia menipu pada inkues”. Usul supaya Nazri dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah disokong oleh affidavit yang difailkan oleh Teoh Meng Kee, yang merupakan adik Beng Hock.

Dalam afidavit yang diikrarkan untuk menyokong permohonan itu, Meng Kee, 34, menyatakan Nazri pada 11 April lalu memberi kenyataan dengan keterangan Pornthip dalam prosiding inkues kematian adiknya. Permohonan bagi mendapatkan perintah itu akan didengar di Mahkamah Koroner selepas Selasa depan.


Komen Isac:
Pembaca harus baca komen Penghuni Gua klik sini

Mengapa kes yang melibatkan kematian sebeginipun mahu dipolitikkan?

Penulis rasakan mahkamah perlu lebih tegas di dalam kes sebegini. Jika ada pihak yang cuba "mempolitikkan" mahkamah, mahkamah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.

Karpal maupun Meng Kee sepatutnya sedar bahawa tindakan mereka seolah-olah cuba untuk menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat dengan mengaitkan perkara yang berlaku di luar mahkamah dengan kes Inkues. Mereka boleh di lihat sebagai sengaja mahu mengheret seluruh masyarakat malaysia mengikuti kes ini atas suatu maksud yang mereka sahaja yang tahu. Sesuatu kes tidak sepatutnya dipolitikkan dan mahkamah sepatutnya mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya ataupun cuba untuk menangguk di air yang keruh.

Bagi penulis, orang sebeginilah yang sebenarnya "menghina" mahkamah, menggunakan ilmu yang mereka ada untuk memberikan tekanan kepada tuan hakim yang menghakimi sesuatu kes supaya mengambil tindakan terhadap pihak yang mereka tidak sukai.

4 comments:

  1. Saya berpendapat, Karpal Singh lagi arif di dalam hal ini, kerana di se orang Peguam no 1 di Malaysia, lagi pun dia duduk di Luar Gua.

    ReplyDelete
  2. SRK, Karpal X boleh jalan, kalau dok dalam gua susah nak kuar.

    ReplyDelete
  3. salam,

    anwar mghina mahkamah knp xdakwa?

    sy dah linkkan, thanx utk idea dilembukn tu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3