bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Apr 2010

DSAI Berpeluang Menjadi Hero Filem Tamil, Tamilwood?

05 April, 2010 22:27 PM
Malaysia/india Teroka Kerjasama Hasilkan Filem

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Malaysia dan India sedang meneroka kerjasama bagi menghasilkan filem dalam jangka masa terdekat, kata Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim.

Beliau berkata usaha itu sedang diterokai antara Finas dengan Persekutuan Dewan Perdagangan dan Industri India (FCCI) menerusi lawatan bintang filem Tamil ternama Dr Kamal Haasan yang juga presiden FCCI, ke Malaysia mulai Isnin.

"Lawatan Kamal Haasan adalah susulan daripada kujungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India awal tahun ini di mana sempena lawatan itu, Finas, Persatuan Karyawan Malaysia dan FICCI telah menandatangani memorandum persefahaman bagi kerjasama menghasilkan filem," katanya kepada pemberita di Finas hari ini.

Beliau yakin kerjasama itu mampu membuka ruang bagi filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa termasuk India.

Kamal Haasan pula berharap kerjasama yang akan dijalinkan dengan Finas dapat membawa filem yang dihasilkan di kedua-dua buah negara ke peringkat antarabangsa.

"Itulah impian saya, kita berharap untuk mengeluarkan filem tidak lama lagi, walaupun ia memerlukan usaha yang banyak sebelum menjadi kenyataan," katanya.


-- BERNAMA


Komen Isac;

Melihatkan kemampuan DSAI berlakon....Tak rugi kalau beliau mencuba untuk memohon berlakon sebagai "Hero" filem Tamil berkenaan jika ianya menjadi kenyataan kelak...."Anwar The Boss". :)

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3