bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Apr 2010

Mafrel - Hanyalah Alat Pembangkang???

Noh: Mafrel tak layak lagi pantau pilihan raya
Salhan K Ahmad
Apr 5, 10
5:11pm
http://www.malaysiakini.com/news/128355

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.

Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.

Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.

N
oh (kanan) berkata, kenyataan seperti itu menunjukkan Syed Ibrahim tidak memahami peraturan dan juga pihak berkuasa terlibat dalam pengurusan pilihan raya.

"Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas.

"Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya.

"Mafrel sudah tidak layak jadi badan bebas untuk pantau mana-mana pilihan raya. Saya minta SPR kaji semula kedudukan Mafrel sebagai pemantau," katanya.

Bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini, Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang berkata, Syed Ibrahim mengeluarkan pandangan itu tanpa melihat sendiri situasi sebenar di Hulu Selangor.

"Cuba dia turun tengok sendiri bendera parti apa yang banyak dinaikkan sekarang (di Hulu Selangor)?" soalnya.






Komen Isac;


Kerajaan perlu lebih tegas dan berani di dalam mengambil tindakan terhadap pembangkang. Takut atau terlalu berhati-hati di dalam mengambil tindakan terhadap mereka mungkin akan mengundang bencana yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3