bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Apr 2010

Unjuran JP Morgan, KDNK Negara Lebih Tinggi Dari Unjuran Kerajaan - Lim Kit Siang Dah Surrender???

Malaysia kekalkan unjuran KDNKDaripada Razak Rashid Ghows di Hanoi
bhnews@bharian.com.my
2010/04/10
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiakekalkanunjuranKDNK/Article

Semakan 7.7 peratus JP Morgan bukti pertumbuhan positif ekonomi: PM

MALAYSIA tidak akan menyemak semula dengan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), walaupun unjuran pertumbuhan 7.7 peratus oleh JP Morgan bagi negara tahun ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus mengekalkan unjuran yang konservatif dan berhemat antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Beliau berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi 7.7 peratus oleh agensi penarafan antarabangsa itu mungkin disebabkan daripada petunjuk ekonomi kukuh yang ditunjukkan negara pada suku pertama tahun ini. “Unjuran ini berdasarkan kepada pengeluaran perindustrian, eksport dan penggunaan tenaga negara bagi tempoh tiga bulan pertama dan penggunaan tenaga saja meningkat 21 peratus pada Mac.

“Alhamdulillah, jika kita dapat capai pertumbuhan 7.7 peratus (seperti diunjur JP Morgan). Ini menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi kukuh boleh menjadi kenyataan,” katanya selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-16 yang baru berakhir di Pusat Konvensyen Nasional di sini, semalam. JP Morgan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 7.7 peratus daripada 6.8 peratus sebelumnya, dipercayai unjuran KDNK tertinggi di kalangan pakar ekonomi.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan minggu ini, JP Morgan berkata, semakan semula itu dibuat berikutan data pengeluaran serantau yang kukuh pada suku pertama tahun ini, di samping prospek positif bagi sektor pembuatan, terutama sektor teknologi. JP Morgan juga melihat penambahbaikan asas dalam sektor elektrik dan elektronik berdasarkan kepada indeks pengurus pembelian dan data eksport yang menggalakkan di Malaysia.

Ditanya mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti pembangkang menghadapi pertarungan sukar dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berikutan pencapaian ekonomi kerajaan, Najib berkata, beliau bersyukur kerana pengakuan itu dibuat seorang pemimpin pembangkang. “Namun, saya juga seorang realis kerana dalam pilihan raya kecil banyak faktor yang kena diambil kira, bukan saja sokongan kepada pemimpin nasional, tetapi kesesuaian calon menjadi faktor besar ketika pilihan raya kecil.

“Biasanya gabungan faktor nasional dan tempatan, tetapi dalam pilihan raya kecil, faktor tempatan lebih besar daripada faktor nasional,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia menawarkan kepakaran dan kaedah mengendalikan proses pilihan raya kepada Myanmar bagi memastikan ia berjalan lancar dan berintegriti.


Komen Isac;

Mana Penasihat Ekonomi "RM 1.00" Kerajaan Negeri Selangor ??? Hari tu bukan main dahsyat lagi dia menghentam Kerajaan Persekutuan kononnya "gagal" memulihkan ekonomi negara, sekarang ni Lim Kit Siang pun dah angkat "bendera putih".

Negara sememangnya memerlukan "pembangkang" yang membina....Bukan pembangkang yang setakat tahu nak "membangkang" tidak kira samada salah ataupun benar yang dilakukan oleh kerajaan.....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3