bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Apr 2010

Zaid Kata, "Saya lebih Melayu daripada kebanyakan pemimpin Sabah". Apa Maksud Beliau???




Zaid: Saya bukan orang luar
S Pathmawathy
Apr 14, 10
11:13am
Ditanya wartawan ketika meninggalkan majlis itu, sama ada dia agak liberal bagi penduduk luar bandar Hulu Selangor, Zaihid menafikannya.

"Saya kurang setuju...saya datang dari kawasan pengundi Melayu. Saya lebih Melayu daripada kebanyakan pemimpin Sabah. Saya faham perasaan dan kehendak rakyat,” katanya lagi.



Komen Isac;

Apakah maksud Zaid apabila dia mengatakan bahawa, "Saya lebih Melayu daripada kebanyakan pemimpin Sabah"??? Adakah kerana kebanyakkan pemimpin Sabah adalah berketurunan "bumiputera Sabah" maka mereka kurang Melayu? Mengapa pula di saat ini baru beliau mengaku bahawa beliau lebih Melayu"??? Adakah kerana lebih 50% pengundi-pengundi P94 Hulu Selangor terdiri daripada orang-orang Melayu, maka Zaid cuba menonjolkan untuk dirinya sebagai "lebih Melayu" untuk meraih simpati??? Tidakkah kempen sebegini ini berbau perkauman sempit?

Kerana sebagai orang Melayu jugalah beliau pada satu ketika mampu untuk memonipoli kontrak-kontrak perjanjian yang melibatkan Kerajaan Malaysia sehingga menjadikan syarikat guaman miliknya sebagai yang terbesar di negara ini.

Tetapi apa pula sumbangannya kepada Orang-orang Melayu? Adakah usahanya menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada mempraktikkan undang-undang Hudud boleh dikira sebagai satu sumbangan? Mengapa orang-orang Melayu Kelantan pernah menolaknya mentah-mentah??? Beliau sepatutnya perlu membuktikan bahawa rakyaat Melayu Kelantan menerimanya sebelum mengaku beliau "lebih Melayu".

P94-Hulu Selangor bukan setakat memerlukan satu lagi Wakil Melayu. Mereka telahpun mempunyai dua Adun Umno. Sebagai bukti perkongsian kuasa rakyaat Malaysia, seorang wakil daripada keturunan India adalah lebih molek. Apa kata pengundi-pengundi Hulu Selangor? Adakah Kamal memenuhu citarasa anda?

1 comment:

  1. sepatutnya zaid cakap saya lebih kuat minum arak dari org melayu lain yang biasa minum arak..tak percaya....dtg kerumahnya...siap ada mini bar lagi...he..he..he..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3