bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Apr 2010

Pemberhentian Export Minyak Malaysia Kepada Iran - Anwar Tipu Lagi???

Pakatan guna isu KL henti bekal Iran minyak, tunduk tekanan Obama

Oleh Syed Jaymal Zahiid



http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/60228-pakatan-guna-isu-kl-henti-bekal-iran-minyak-tunduk-tekanan-obama

HULU SELANGOR, 17 April — Pakatan Rakyat menambah senarai modal kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan kini mengeskploitasi isu kerajaan menghentikan bekalan minyak kepada Iran, langkah untuk menarik sokongan pengundi Melayu.
Bercakap kepada kira-kira 200 peneroka Felda di sini malam tadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan itu sebagai satu tindakan tunduk kepada Amerika Syarikat (AS) yang masih berdegil mahu mengenakan sekatan ke atas Iran.

Majoriti umat Islam negara sini secara umum menentang tekanan AS terhadap Iran, yang melihat tindakan mengenakan sekatan sebagai lobi Israel. Anwar membangkitkan isu tersebut  pada pertemuan parti itu menjelang hari penamaan calon kerusi Parlimen Hulu Selangor pagi ini. Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin hipokrit yang tidak berprinsip.

Laporan agensi asing yang memetik Najib kelmarin mengesahkan Malaysia telah menghentikan bekalan minyak kepada Iran dengan memberi amaran Teheran semakin dekat dalam menghadapi sekatan baru masyarakat antarabangsa berhubung program nuklearnya. Pengumuman Najib keluar tiga hari selepas mengadakan perbincangan dengan Obama. Najib tidak berkata bila Petronas menghentikan bekalan minyak kepada Iran tetapi dipercayai dibuat pertengahan bulan lepas.

Pada satu pihak kata Anwar, Putrajaya mengkritik AS dalam soal konflik Palestin-Israeli tetapi pada masa yang sama tunduk kepada tekanan Washington atas nama “hubungan dua hala yang bertambah baik.” Anwar berkata perkara itu dilakukan hanya untuk memperbaiki imej Najib. “Apabila usaha Presiden AS Barrack Obama gagal dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin, saya mengkritik beliau. Tetapi apabila Obama menggesa sekatan ke atas Iran, saya kata okey tetapi bagaimana dengan  Israel.

“Apa yang Najib lakukan? Beliau menyokong AS mengenakan sekatan ke atas Iran,” kata Anwar dengan disusuli tepukan daripada hadirin. Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kini menggunakan sentimen anti-Israel untuk menarik sokongan pengundi tempatan kaum Melayu yang dianggarkan lebih 50 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar.


Laporan Mengenai Penghentian Bekalan Minyak Ke Iran Tidak Betul, Kata Najib
17 April, 2010 11:06 AM
Daripada Tham Choy Lin

NEW YORK, 17 April (Bernama) -- Laporan media asing yang memetik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata bahawa Malaysia telah menghentikan bekalan minyak ke Iran adalah tidak betul, kata perdana menteri.

Beliau berkata sebenarnya Petronas terlibat dalam penjualan lani (spot sale) kepada Iran pada pertengahan Mac melalui urus niaga pihak ketiga, tetapi selepas itu tidak ada lagi permintaan terhadap bahan tersebut. "Tak betul, ia bukan keputusan Petronas sendiri. Ia melibatkan satu jualan lani dan tidak ada lagi keperluan selepas itu, jadi mereka dah tak buat (lagi)," katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.

"Ia suatu urus niaga pihak ketiga yang dibuat pada pertengahan Mac, bukan sekarang. Saya agak terperanjat apabila perkara ini telah menimbulkan keadaan yang begitu riuh-rendah," kata Najib pada hari terakhir dalam rangka lawatan beliau selama seminggu ke Washington dan New York. Beliau berkata urus niaga itu semata-mata bersifat komersial dan sekiranya terdapat lagi permintaan bagi penjualan lani, terserahlah kepada pihak yang terlibat untuk menguruskannya.

Laporan media mengaitkan penghentian jualan itu dengan tekanan antarabangsa terhadap Iran berkaitan program nuklearnya serta perkembangan yang berlaku menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington minggu lepas yang turut memberi kesempatan kepada Najib untuk mengadakan rundingan dua hala buat julung kalinya dengan Presiden Barack Obama.

Sebelum ini, Najib telah menyatakan bahawa Iran berhak menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan aman dan Malaysia tidak akan menyokong program pengeluaran senjata nuklear oleh negara itu.

-- BERNAMA


Komen Isac;

Semalam DSAI cuba "menipu" lagi. Mengeksploitasi berita dan melaporkan berita tanpa memberitahu apakah yang sebenar-benarnya berlaku.  Hanya melaporkan apa yang dia mahu rakyaat tahu, dan menyembunyikan  perkara yang tidak menguntungkan diri dan kesinambungan karier politik beliau. Bijak memanipulasi berita dan peristiwa untuk menonjolkan diri sendiri dan dalam masa yang sama "menjatuhkan" musuh-musuh politiknya...

1 comment:

  1. memg anuar tipu pasal henti minyak tu (keje full time anuar sampai di mati kot)..tapi kan aper kate ko tgk dan bace link ne ngan idung ko..susah sgt ngan pankreas ko pun buleh gak ler..agak2 satu kbetulan ke? mungkin gak..

    http://abcnews.go.com/GMA/prime-minister-benjamin-netanyahu-exclusive-interview-good-morning/story?id=10409244

    mungkin la kot satu kbetulan..contract ngan iran vs petronas dah abis..Iran taknak sambung contract..bayaran trsangkut..Iran bayar pakai kad kredit, kad kredit sangkut2..Iran tu..Iran ne..Iran Apco..Apco Iran...

    dlm mase yg sumer Benjamin (saper ek, ntah, kwn ko kot) suruh smua ngara hentikan bekalan gasoline pd Iran..tuk aper ek..takut ngan Iran punye teknologi nuklear...takut Iran bazir minyak pasang panjut..pelita time ari raye...

    ntah la maybe ne satu kbetulan..samada ne satu kbetulan..mungkin la slps ko tgk ngan idung..bace ngan telinga ko..ko bulih tau saper tipu saper...

    samada Anuar tu Apco...atau Umno tu Apco...same nantikan...

    nak bukti senang jer..aku nak tgk term and condition agreement petronas vs oil n gas Iran tu..kasi tunjuk skit pd rakyat marhaen ne...

    p/s : ko tapis jer pakai pnapis aper pun..nak pnapis Apco pun aku leh kasi..sajer jer aku nak kasi ko bace..tak kluar pun takpe..supaya ayat2 ko yg ckp ssama islam brsadare tu agak bukan prckpan bibir ko sj..tapi dr ati yg bersih..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3