bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Apr 2010

Dr Halili Keluar PKR, Masuk Umno...


Jimadie Shah Othman
Apr 19, 10
11:19am

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno. Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu. Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya. Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata: "Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini".

"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR. Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
Sebab masuk Umno

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.


Juga klik sini dan sini.

5 comments:

  1. Blog Tuan sudah disenaraikan dalam blog Bah.

    Setiap hari kita dengar berita gembira, ada sesaja pemimpin2 PKR yang melompat keluar, agaknya dalam PKR tu dah terlalu panas.

    ReplyDelete
  2. Bila dah mabuk akibat minum arak,segala macam bolih jadi..Apa komen pak2 lebai dalam Pas.

    ReplyDelete
  3. Saya ucapkan syabas kepada Dr Halili kerana tingalkan PKR sebagai usaha terakhir membantu BN menang PRK Hulu Selangor. Tindakan Dr Halili adalaj jelas lagi terang seorag politik yang tidak prinsipal dan amat lemah sebagai seorang pemimpin. Dr Halili lebih penting kedudukan daripada perjuangan. Kerana kecewa tidak diberi peluang sekali lagi bertanding, ambil keputusan untuk tingalkan parti. Selamat jalan Dr. Halili.Ingatkah Dr bahawa PKR telah memberi dua kali peluang kpd saudara untuk membuktikan kehadalan saudara tetapi ditolak oleh pengundi. So agak fairlah jika peluang itu diberi kepada orang lain. Menjadi calon bukan sebagai jawatan kerajaan tetap dn berpencen. Pengundi Hulu Selangor tidak berganjak untuk terus menyokong Zaid ibrahim kerana kami bukan sayangkan PKR tetapi kami dah bosan dengan MIC/BN. Kepada Dr Halili jangan harap UMNO/BN akan beri peluang kapada saudara untuk bertanding pada PU ke13 nanti. Ambillah habuan yang diberikan oleh BN dan gunakan untuk menyara anak bini agar saudara selamat di dunia dn akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih Bah Lontok,

    Budi tuan takkan saya lupakan.

    ReplyDelete
  5. Anonymous, April 19, 2010 2:07 PM,

    Sedar tak anda, setiap kali kalau orang kuar BN masuk Pakatan katanya atas "kesedaran".

    Tapi kalau orang Pakatan kuar masuk BN dituduh sebagai "dirasuah". X payah ada bukti ke tuduh-tuduh orang?

    Orang macam Dr Hailili tu dah memang kaya macam Datuk Zaid juga, kalau nak "dirasuah" berapa billion nak kena bagi?

    Dulu Zaid yang kaya masuk Pakatan dibayar berapa?

    Banyak duit Pakatan, boleh "rasuah" orang kaya??? Duit amik mana ye?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3