bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Apr 2010

Anda Mungkin Secara X Sengaja Pernah Memakan Daging Babi??


Penyelidik USM temui kaedah beza daging ayam dan babi
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/3061.asp

PULAU PINANG - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging babi dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose'.

Melalui kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut. Ketua Penyelidik USM, Prof Azhar Mat Easa berkata, proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya.

"Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya," katanya pada sidang akhbar di USM hari ini yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F.M Alkarkhi.

Komen Isac;

Yaakhh.... Dalam hal ni orang-orang Yahudi jauh lebih prihatin dan "alim" daripada kita.... Mereka begitu mengenali barangan makanan yang mengandungi kadungan daripada sumber "babi" kerana mereka begitu takut "tersalah" memakannya...Mereka (kaum Yahudi) begitu mengenali sumber-sumber tadi sehinga nama saintifik dan kimianya mereka hafal.

Bagaimana pula dengan kita? Asal ada tanda "halal" sapu!!!!!!







1 comment:

  1. Isac, itulah kelebihan pemikiran kaum-kaum Yahudi, dari bangsa yg tiada negara, sehingga dapt menakluki dunia dari pelbagai aspek....

    Orang Islam, lebih-lebih Melayu, hanya sibuk menuding jari mencari keburukan antara satu sama lain, menentukan siapa lebih Islam, tamakan kuasa dengki khianat.... tanpa mahu meningkatkan ilmu....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3