bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Apr 2010

Mana MP Kami??? Gobala Dah Kena Tangkap ke???


Penduduk persoal: 'YB Gobalakrishnan lu di mana?'

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

KULIM 2 April - Kemunculan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di lokasi perhimpunan haram sering menimbulkan kegelisahan ramai gara-gara sikapnya yang gemar melakukan provokasi hingga menyebabkan suasana menjadi kecoh dan tegang.

Namun, 'kehebatan' tersebut nyata ibarat tong kosong kerana masalah yang dihadapi penduduk di kawasan Parlimen Padang Serai yang diwakilinya tidak banyak yang berjaya diselesaikan beliau.

Kemuncaknya semalam apabila hampir 50 peniaga di kawasan premis bangunan kedai di Taman Selasih dan Taman Semarak di sini keluar berhimpun membantah tindakan Gobalakrishnan yang didakwa tidak membantu mereka mengatasi masalah mendapan tanah.

Menurut peniaga terbabit, lubang besar di persimpangan utama jalan masuk ke premis tersebut dibiarkan tanpa sebarang tindakan sejak hampir dua tahun lalu.

Kewujudan lubang berukuran 8 meter x 4 meter dengan kedalaman 2.25 meter itu menyebabkan perniagaan mereka terjejas kerana laluan masuk ke kedai-kedai berdekatan lokasi terbabit terpaksa ditutup.


Komen Isac;

Patutlah YB Gobala ni suka "provoke" pihak polis, jika beliau ditangkap tak payahlah beliau berkhidmat untuk rakyaat di kawasannya. Lihat lah ni belum-belum dah hilang....

1 comment:

  1. Apa yang boleh diharapkan dengan bekas penjual roti ni..menyalak dijalanan dan juga didalam parlimen dia tau laa..Mana dia tau nak berdebat kat parlimen..otak pun duduk kat lutut...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3