bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Apr 2010

Selepas Scorpane, Jet Sukhoi 30MKM Pula Sasaran Pembangkang!!!

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan isyarat bagus sebelum dibawa menaiki pesawat tempur Sukhoi 30MKM ketika mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut, Terengganu, 10 April. - Utusan/HAFIZ JOHARI


 

Sukhoi boleh guna pangkalan Gong Kedak










DR. Zahid Hamidi yang diiringi Radzali Daud (kanan) ceria selepas menaiki pesawat pejuang Sukhoi di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu semalam. - MINGGUAN/Hafiz Johari




BESUT 10 April - Kementerian Pertahanan menyangkal dakwaan bahawa Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Gong Kedak dekat sini, mengalami masalah sehingga tidak dapat digunakan untuk penempatan pesawat pejuang Sukhoi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pangkalan itu akan dijadikan salah satu daripada pangkalan udara penting di Pantai Timur. Beliau berkata, sememangnya ada masalah berlaku pada peringkat awal apabila seketul batu mengenai enjin pesawat namun ia merupakan satu kejadian terpencil.

"Kerajaan merancang untuk membina sebuah terminal di sini yang akan mengawal penerbangan pesawat Sukhoi selain pesawat pengangkutan seperti CN235 dan Charlie serta helikopter. "Terminal ini dirancang dibina kerana tidak ada kemudahan seumpama ini di sini dan pembinaannya dijangka dijalankan di bawah Rancangan Malaysia ke-10," ujarnya ketika ditemui selepas melakukan lawatan rasmi ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak di sini hari ini.Hadir sama Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Radzali Daud.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa laman blog yang menyatakan landasan di pangkalan tentera udara itu mengalami masalah infrastruktur. Ahmad Zahid turut menghabiskan masa selama 50 minit menaiki pesawat Sukhoi dan berlegar-legar di ruang udara Terengganu dan Kelantan. Beliau melahirkan keyakinan terhadap kemampuan pesawat Sukhoi sebagai aset terbaik pertahanan udara negara selain anggota kumpulan teknikal dan juruterbangnya.

"Sukhoi merupakan pesawat terbaik yang telah kita perolehi dan ia akan menjadikan pertahanan udara barisan hadapan kita yang terbaik," ujarnya. Dalam pada itu, Radzali berkata, pengoperasian penuh Sukhoi akan mengalami sedikit kelewatan ekoran masalah teknikal berhubung integrasi peralatan dari Barat yang dimiliki oleh pasukan keselamatan tersebut.

"Tiada tarikh tetap untuk melaksanakan pengoperasian penuh pesawat ini. "Kita akan dapatkan bantuan daripada tentera udara India berhubung beberapa peralatan dan senjata yang masih perlu dilaksanakan," katanya.



Komen Isac;

Selepas Kapal Selam Scorpane, kini Pengkalan Udara Gong Kedak dan Jet Sukoi 30MKM pula menjadi sasaran pembangkang.   "Mereka" ini yang tidak habis-habis cuba untuk merosakkan imej negara dan mendedahkan maklumat keselamatan negara, adalah "Yahudi Jahat" sebenar yang patut dinyahkan dari negara ini. Perlu diingat walaupun kaum Yahudi kebanyakkannya "jahat" tetapi di zaman Rasullullah sendiri ada diantara mereka yang memeluk Islam dan menjadi sahabat Nabi Muhammad s.a.w..Dalam masa yang sama ramai pula orang "Islam" yang sebenarnya Munafik dan memerangi Islam dari dalam.

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3