bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Apr 2010

Saksikan Team F1 Malaysia "Lotus Racing" Di Sepang??

02 April, 2010 21:34 PM
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=487595

Lotus Racing Pamer Persembahan Meyakinkan Di Litar Sepang



PELUMBA Lotus Racing, Heikki Kovalainen (kiri), memintas pelumba pasukan HRT, Karun Chandok, semasa sessi ujian bebas kedua di Litar F1 Sepang hari ini. SEPANG, Malaysia, April 2, 2010 (AFP) - Pelumba McLaren, Lewis Hamilton, mencatatkan masa pusingan terpantas satu minit 34.175 saat. Foto - Hasan Ismail (Berita Harian).


SEPANG, 2 April (Bernama) -- Dua pelumba pasukan Formula One (F1) dari Malaysia, Lotus Racing mempamerkan persembahan yang meyakinkan apabila menamatkan sesi latihan bebas kedua di tangga ke-18 dan 19 di Litar Sepang, Jumaat. Pelumba utamanya dari Itali, Jarno Trulli mencatatkan masa terbaiknya satu minit 38.454 saat pada pusingan ke-17 daripada 34 pusingan yang dilakukannya untuk berada di kedudukan ke-18.

Pelumba kedua Lotus Racing, Heikki Kovalainen dari Finland melakukan masa terpantasnya pada pusingan ke-19 untuk berada di tempat ke-19 daripada 24 pelumba dengan catatan masa 1:38.530s. Keputusan memberansangkan itu membolehkan Lotus Racing menjadi pasukan terbaik di kalangan tiga pasukan baru yang menyertai siri perlumbaan F1 pada tahun ini.

Dua pelumba Virgin Racing masing-masing menduduki tempat ke-20 dan 21 manakala pasukan HRT F1 Team mengisi kedudukan ke-23 dan 24. Ketua Pegawai Teknikal Lotus Racing Mike Gascoyne berkata suhu dan cuaca pastinya memainkan perana penting dalam strategi pasukan itu untuk perlumbaan hujung minggu ini.

"Tetapi saya yakin kami akan dapat melangkah dengan permulaan kukuh sehingga ini dan memberikan persembahan yang menarik untuk peminat Malaysia," katanya. Setelah mengharungi dua siri perlumbaan di Bahrain dan Australia sebelum ini, Lotus Racing masih gagal mengutip sebarang mata.

Namun, sebagai pasukan baru mereka tetap mempamerkan peningkatan apabila Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 pada perlumbaan di Litar Albert Park, Australia minggu lepas.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3