bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Apr 2010

Tawaran Untuk Menjadi Warganegara Malaysia!!!


'Kenapa saya pulang ke Malaysia'
Aidila Razak
Apr 10, 10
7:32pm
http://www.malaysiakini.com/news/128831


Jumlah yang mahu meninggalkan negara ini tidak pernah berkurangan. Tetapi di balik segala rintangan, ada yang mengambil keputusan kembali ke tanah air sendiri. Sebab kepulangannya pula berbeza-beza. Ada yang tidak tahan menanggung perasaan rindukan kampung halaman, ada juga yang mahu kembali ke pangkuan keluarga di tanah air.

Yang pasti, mereka tidak pulang untuk mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik, pendidikan lebih sempurna, gaji lebih besar atau kerana tahap keselamatan di negara ini lebih baik. Ironinya, ketika sebahagian meninggalkan Malaysia kepada putus harap, dalam masa yang sama, ada yang pulang bersama segunung harapan.

Meskipun diragukan, negara ini sedang berada di persimpangan. Ramai juga yang pulang bagi merubah negara ini menjadi lebih baik di masa hadapan. Sebagai respons terhadap Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menggiatkan usaha membawa pulang bakat Malaysia, Malaysiakini bercakap dengan beberapa bekas perantau yang kembali ke pangkuan tanah ibundanya.




Komen Isac;

Apa nak buat, jika sesetengah rakyaat tidak menghargai betapa bertuahnya mereka menjadi warganegara Malaysia. Bagaimana jika kita cadangkan kepada kerajaan Malaysia untuk menawarkan status warganegara kepada penduduk-penuduk dari negara-negara  Asean? Mengapa Asean, kerana Asean adalah kelompok Nusantara ataupun yang juga dikenali sebagai Alam Melayu pada suatu ketika dahulu.

Jestru itu jika Singapura boleh berusaha menarik professional dan hartawan yang berketurunan Cina yang mempunyai budaya sosio politik dan ekonomi yang jauh berbeza dengan khalayak rantau ini mengapa pula masyarakat Asean tidak boleh diberikan peluang?

Yang ironinya pulau tersebut asalnya milik Kerajaan Kesultanan Melayu Johor, jestru  "mewarganegarakan" lebih ramai penduduk berketurunan Cina dari Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan malahan dari Republik Rakyaat Cina akan menyebabkan "penuduk" asal di pulau berkenaan semakin "terpencil".

Dari iatu apa salahnya, kita di Malaysia menawarkan kerakyaatan kepada rumpun Asean? Penulis kira ia lebih adil....Malah kejutan dari segi budaya dan politik juga tidak begitu ketara.


Cuma di antara kriteria-kriterianya yang perlu ada sebelum seseorang itu dipertimbangkan untuk menjadi warganegara Malaysia adalah seperti berikut:

1) Membayar RM 1 Juta kepada Kerajaan. - Sumber kewangan buat negara.
2) Akan membuka perniagaan sendiri dan akan melabur di Malaysia dengan modal minima RM 10 Juta. - Ini akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk rakyaat.
3)Professional yang terdiri daripada Saintis, Jurutera dan Arkitek Professional, Charted Accountant, Doktor-doktor Pakar, Professor dan Professional dengan kelulusan PhD.

Cadangan ini diharapkan akan dapat merancakkan perkembangan minda rakyaat negara ini dan dapat mengganti "brain drain" yang telah berhijrah ke negara lain. Mereka yang "established" dan mempunyai perniagaan sendiri akan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyaat tempatan sediada.

Secara tidak langsung program ini juga mungkin dapat memberikan kesan positif tambahan, iaitu betapa "rakyaat asing" berlumba-lumba untuk mendapatkan kerakyaatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3