bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Apr 2010

Apakata Dato' Seri Samy Vellu Lawan Dr. Lo Lo Di Parlimen Titiwangsa Dalam PRU 13????

Ilham ini diperolehi daripada cadangan saudara "Tamingsari". Beliau mencadangkan agar pemimpin-pemimpin besar  MIC bertanding merebut semula kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Pakatan di dalam PRU 13 Nanti???

Bukan sahaja terhad di kubu-kubu kuat Umno seperti di negeri-negeri Johor, Pahang dan Perak tetapi mereka boleh bertanding sehingga ke Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Moralnya mudah, pemimpin-pemimpin MIC tanpa segan silu selalu mendabik dada, bahawa kononnya kekalahan mereka dalam PRU 12 yang lalu adalah disebabkan rakyaat menolak Umno, bukannya MIC. Jestru itu MIC perlu buktikan bahawa mereka boleh menang dengan kapasiti mereka sendiri.

Sekarangpun pengundi-pengundi berketurunan India seakan-akan telah menolak MIC dan selama inipun pemimpin-pemimpin MIC lebih bersandarkan kepada pengundi-pengundi Melayu untuk menang, jadi apa salahnya mereka ini bertanding di kubu-kubu kuat Pakatan yang majoriti pengundi-pengundinya adalah berketurunan Melayu?

Jika nanti dengan Dr. Lo Lo iaitu seorang perempuan, "orang baru" (nak dibanding dengan Samy),  yang baru sahaja menjalani pembedahan jantungpun Dato' Sri Samy kalah, baiklah Dato' bersara sahaja dari arena politik....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3