bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Apr 2010

Mengapa Karpal Dilihat Begitu Kebal???

PERKASA buat laporan polis terhadap Karpal, esok
Abdul Rahim Sabri
Apr 6, 10 4:30pm

Satu laporan polis akan dibuat esok oleh Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang didakwa mempersoal Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Wira PERKASA, Arman Azha, berkata laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sentul pada jam 10:30 pagi esok.

"Kami Wira PERKASA menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum membuat laporan polis terhadap Karpal kerana menghina Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

"Beliau mempertikaikan Fasal 153. (Oleh itu) beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Beliau seorang peguam, sepatutnya memahaminya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.



Komen Isac;

Adakah mentang-mentang beliau peguambela jenayah "tersohor" negara, maka pihak berwajib berasa "gentar" untuk mengambil tindakan terhadap beliau? Adakah undang-undang Malaysia tidak terpakai kepada pembangkang? Ramai pemimpin-pemimpin "besar" pembangkang yang dilihat "terlepas" daripada didakwa....Kalau didakwapun sesetengahnya dilihat "memperlekehkan" undang-undang apabila mahkamah terpaksa ditangguh, ditangguh dan terus ditangguh.....

3 comments:

  1. Terkenang si Dato Bagong

    ReplyDelete
  2. betul.aku dah lama perasan yang si karpal ni seolah-olah atas daripada undang2.Pada aku karpal adalah manusia yang memanipulasikan undang2 tanpa mempedulikan keadilan.contoh yang paling nyata pendiriannya atas dakwaan anwar melihat dan peranannya sebagai peguambela anwar.Masa karpal dikepung oleh pemuda umno, sampai ada satu suruhanjaya dituduh padahal itu kes yang tidak melibatkan sebarang keceberaan fizikal.Andaikata perkara yang sama berlaku pada ahli parlimen pro kerajaan aku pasti tidak akan ada sebarang tindakan pun

    ReplyDelete
  3. karpal nie nk jdi sultan kpd PAS...Sultan Karpal Singh ibini Almarhum Sultan Nik Aziz.....



    takbiorrrrr....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3