bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Apr 2010

Keadilan Cara Anwar.....Nak Guna Tandaspun Tak Dibenarkan....

Menteri kecewa tak dapat guna dewan, tandas
Salhan K Ahmad
Apr 10, 10
1:04pm



Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor. Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor."Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.


"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ. Kegagalan untuk menggunakan dewan itu memaksa penganjurnya Risda mengadakan program berkenaan di kawasan padang sekolah di sebelah dewan berkenaan.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik. Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan kira-kira 1,000 yang hadir dalam program berkenaan merupakan golongan warga emas. "Pintu tandas dewan pun dikunci, kasihanlah sebab yang datang ini ramai orang-orang tua," katanya. 'Kelantan bawah Pakatan pun kita bantu'

Turut hadir di majlis itu ialah penyelaras parlimen BN Hulu Selangor Datuk G Palanivel, wakil rakyat Ulu Bernam Datuk Idris Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan bawah kementerian Shafie. Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya.

"Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu... Tapi sedihnya kita hari ini, kita bina dewan tapi sekarang tak boleh guna dewan," katanya. Beliau dalam pada itu turut membidas pemimpin pembangkang, dengan menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran. Beliau menyebut gelagat pemimpin popular DAP itu di Dewan Rakyat yang didakwa cuba untuk mempertikaikan kedudukan institusi beraja di negara ini.

"Titah (Yang di-Pertuan) Agong pun Lim Kit Siang hendak ubah... Sudahlah tidak sokong, keluar pula dari dewan.  "Ini saya tengok dengan mata kepala saya sendiri," katanya. Dalam ucapannya itu, beliau turut merayu supaya sokongan terhadap BN diteruskan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor yang pada 25 April ini.

Risda hari ini menganjurkan majlis tersebut bagi mengagihkan bayaran dividen kepada 253 orang peneroka getah dan kelapa sawit melibatkan kawasan seluas 70 hektar.

2 comments:

  1. ISAC- Belajar dari Isrel apa yang mereka punya ok,hak orang pun dia nak sebat-mungkin itulah nasihat penasihat mereka.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3