Khidmat bas di Puduraya pindah ke Bukit Jalil
http://www.malaysiakini.com/news/128462
Apr 6, 10 7:02pm
Semua perkhidmatan bas ke utara dan selatan yang sebelum ini beroperasi di Hentian Puduraya akan dipindahkan sementara ke padang letak kereta F Bukit Jalil, bersebelahan stadium hoki bermula 12 April ini.
Pemangku Pengurus Seksyen Komunikasi Korporat Uda Holdings Berhad, Zuhaznim Izzudin, berkata perpindahan itu adalah bagi melancarkan kerja menaiktaraf dan penambahbaikan Hentian Puduraya yang dijangka mengambil masa empat bulan.
Namun begitu, katanya, perkhidmatan teksi ke Genting Highlands dan kereta sewa yang menghala ke arah utara dan selatan masih beroperasi di Hentian Puduraya.
"Pengguna boleh ke terminal sementara itu dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, teksi dan bas dan sehubungan itu perkhidmatan bas RapidKL disediakan untuk perjalanan dari Bukit Jalil ke Hentian Puduraya dan sebaliknya dengan kekerapan 15 minit setiap ketibaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Komen Isac;
Untuk makluman pengguna-pengguna. Penulis pun selalu balik ke rumah menggunakan perkhidmatan bas di Pudu Raya apabila ke KL atas urusan kerja apabila malas hendak memandu.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.