bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Apr 2010

TG Nik Aziz Berangkat ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Umrah...


Monday April 5, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=58705-nik-aziz-ke-mekah-kerja-umrah

Nik Aziz ke Mekah kerja umrah
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 5 April — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membatalkan kunjungan ke Mekah akhir tahun lalu ekoran kontroversi tajaan berlepas ke tanah suci hari ini untuk mengerjakan umrah.

Beliau yang ditemani beberapa anggota keluarganya berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pukul 9 pagi ini.

Setiausaha Politik Nik Aziz, Wan Nik Wan Yusoff memberitahu perkara itu kepada The Malaysian Insider.

“Tok guru akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

“Dia (Nik Aziz) dijangka berada di sana (Mekah) selama dua minggu. Kebiasaan tempoh orang pergi menunaikan umrah lah dua minggu itu,” katanya.

Akhir tahun lalu Nik Aziz membatalkan hasratnya ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji setelah media heboh mempersoalkan pemergiannya itu ditaja pihak tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz yang tidak menafikan tajaan tersebut mengakui menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.



Komen Isac;



Semoga amalan umrahnya diterima dan diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t bagaimana perlu dilakukan di daalam usaha untuk menyatukan umat Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3