bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Apr 2010

Serangan Peribadi Calon - Mengapa Berat Sebelah???



Komen Isac;


Penulis secara peribadi juga tidak bersetuju dengan serangan peribadi terhadap calon yang bertanding. Cuma penulis tertanya-tanya mengapa Pakatan Pembangkang begitu hipokrit dalam isu ini? Bukankah inilah juga "modal" yang mereka gunakan dalam PRK-PRK yang terdahulu? Iaitu menyerang peribadi calon-calon BN?


Jika mereka ikhlas dengan apa yang dikata mengapa istilah dan kisah silam calon BN seperti "Minah Rungging", "Danok", "Isteri Kedua", "Rasuah Politik Wang" telah dijaja dalam PRK-PRK terdahulu dan mengaitkan calon-calon yang terlibat secara terbuka.


Di manakah pula seruan agama Islam agar "menutup aib orang lain", disangkutkan atau "dibuang"? Adakah menuduh calon BN  selalu ke "Danok" melanggan "ayam-ayam Siam" tanpa empat saksi, pelaku tidak perlu disebat 80 rotan?


Adakah poligami dilarang dan diharamkan oleh Islam? Adakah menuduh PM terlibat kes pembunuhan Mendiang Alantunya, SPRM "membunuh" Teoh Beng Hock semuanya "halal" kerana ia dilakukan oleh sebuah parti "Islam" ? Walaupun kini bersengkokol dengan parti DAP yang terkenal memusuhi Islam dan Melayu?


Adakah Hukum Islam, hanya terpakai jika BN menuduh "mereka"? Sebaliknya "mereka" bebas melakukan apa sahaja? Tiada larangan untuk "mereka" menuduh tanpa saksi?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3