bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Apr 2010

Finland Akan Contohi Model Ekonomi Baru Malaysia

28 April, 2010 23:39 PM
Finland Akan Contoh Model Ekonomi Baru Malaysia - Najib
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=494308

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Finland akan menjadi satu daripada contoh bagi Model Ekonomi Baru (MEB) Malaysia.

Najib berkata walaupun jumlah penduduk negara itu hanya lima juta berbanding Malaysia yang mempunyai 28 juta penduduk, Finland mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih tinggi.

"Ini berpunca daripada produktiviti yang tinggi dan kedudukan Finland sebagai peneraju dalam bidang inovasi dan mengamalkan teknologi baru. Kami berharap untuk mencontohi kejayaan anda melalui MEB," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan malam di Seri Perdana di sini sempena lawatan dua hari Perdana Menteri Finland Matti Vanhanen ke negara ini.

Najib berkata beliau berharap untuk meningkatkan dagangan dan hubungan lebih kukuh antara kedua-dua negara, yang akan disokong oleh perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.

"Selain itu kami sedar bahawa syarikat-syarikat Finland dan Malaysia boleh mendapat faedah daripada usahasama pembangunan yang dilakukan di negara ketiga," katanya.

Beliau berkata lokasi strategik Malaysia yang berhampiran dengan China, India dan negara-negara Asean boleh menggalakkan syarikat-syarikat Finland untuk mempertimbangkan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran Asian.

"Dan syarikat-syarikat Malaysia mempunyai kepakaran dalam menjalankan perniagaan dengan negara-negara Islam yang boleh menguntungkan sektor swasta di kedua-dua negara," katanya.

Najib turut memuji Finland yang memainkan peranan aktif dalam masyarakat antarabangsa termasuk dalam kegiatan keamanan dan krisis antarabangsa.

"Saya ingin memuji pendirian kerajaan Finland yang menentang tindakan kerajaan Israel membina penempatan baru di Timur Baitulmuqaddis," kata Najib.

Najib berharap Finland dan Kesatuan Eropah, sebagai anggota Kuartet, boleh membantu menyelesaikan konflik Arab-Israel.

Sementara itu, Vanhanen dalam ucapannya berkata beliau gembira kerana berpeluang meneruskan hubungan dua hala dengan Malaysia dan bersedia berkongsi pandangan bagi kelestarian ekonomi.

Vanhanen turut memuji Malaysia yang pesat membangun dan pencapaian yang membanggakan.

"Kami juga menghargai peranan yang dimainkan Malaysia dalam mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia," katanya.

-- BERNAMA


Komen Isac;

Cuma DSAI dan kuncu-kuncunya yang kata kerajaan BN tak pandai mentadbir ekonomi negara, hanya pembangkang sahaja yang menuduh kerajaan BN menindas dan tidak demokratik.....

Sedarlah rakyaat Malaysia terutamanya Melayu/Bumiputera, jangan anda terpengaruh untuk mengkhianati agama, bangsa dan negara kita sendiri!!!!!!

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3