bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Apr 2010

Dr. Pornthip Tidak Hadir Inques Teoh - Satu Propaganda Arahan "Bapak" Napoleon Malaysia???

'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh

Apr 11, 10 8:50am
http://www.malaysiakini.com/news/128847



Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia. Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini. Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.



Komen Isac;

Apabila media baru mula menguasai persada politik tanahair beberapa tahun yang lalu, khalayak meminggirkan media arus perdana kerana kononnya tidak telus dan terlalu memihak kepada Kerajaan Persekutuan.

Sejauh mana benarnya hanya masa yang akan menantukan. Baru-baru inipun pendedahan YB Zul, saudara Ezzam, Dato' Nalla dan Datuk seri Zahrin yang menceritakan segala strategi busuk dan fitnah oleh Pakatan Pembangkang  di  dalam usaha mereka hendak "merampas" tampuk pemerintahan negara sewajarnya dapat membuka mata "penyokong-penyokong tegar" Pakatan Pembangkang.

Ini belum lagi pendedahan oleh doktor PUSRAWI yang dijadualkan akan memberi keterangan di dalam perbicaraan Kes Liwat 2. Diberitakan doktor tersebut akan memberitahu mahkamah bahawa laporan yang dicanang oleh DSAI sebagai laporan yang telah dibuat oleh beliau, yang mengatakan Saiful tidak diliwat adalah laporan palsu, ini adalah kerana beliau sebenarnya tidak pernah "memeriksa" dubur Saiful dan justeru itu laporan tersebut sebenarnya memang tidak pernah wujud.

Siapa yang benar hanya akan diketahui apabila perbicaraan kes Liwat 2 DSAI berlangsung tidak berapa lama lagi. Harapan penulis agar usahlah perbicaraan ini ditangguhkan lagi demi kebaikan rakyaat dan negara ini.

Melihatkan bagaimana "twist & turn" yang biasa dimainkan oleh media baru termasuk "Malaysiakini", penulis tidak terkejut jika ketidakhadiran Dr. Pronthip sebenarnya hanyalah satu usaha yang disengajakan untuk menghentam, merobek integriti Kerajaan BN dan mengundang kemarahan rakyaaat terhadap BN.

Soalan penulis, jika benar Dr. Pronthip tidak dapat hadir ke Inkues Teoh, adakah mungkin kerana beliau sebenarnya malu untuk berhadapan dengan rakyaat Malaysia kerana "hipotisisnya" sebelum ini bahawa 80% Mendiang Teoh "dibunuh" adalah tidak tepat dan tersasar sama sekali. Jestru dia terpaksa berbohong dan menyalahkan Kerajaan Malaysia untuk mengelak malu? Ataupun adakah "Bapak" Napoleon di Malaysia mengarahkan Dr Pornthip supaya sekali lagi berbohong?

2 comments:

  1. malunya sebab kita tidak mempercayai kepakaran yang dalam malaysia sendiri. Akibatnya seolah membuat kerja seperti melepaskan batu di tangga.

    ReplyDelete
  2. CCZ- jangan susah hati ura-ura nak mai dah, mungkin payment ok kut.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3