bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Apr 2010

P94 Hulu Selangor, Calonkan Zahid - PKR Pecah Tiga??? BN Jangan Alpa!!!


Calonkan Zaid: Pakatan Rakyat Tidak Konsensus

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon bagi berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor 25 April ini walaupun tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin sekutu mereka, PAS.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Zaid mewakili Pakatan Rakyat dalam mesyuarat biro politik parti itu yang diadakan 12 jam sebelum pengumuman rasmi dibuat malam ini di Serendah. Sumber memberitahu, Anwar yakin Zaid adalah pilihan terbaik walaupun ada pemimpin parti yang mempertikaikan pemilihan berkenaan.

“Tetapi itu apa yang Anwar mahukan. Jika pucuk pimpinan dah buat keputusan kami hanya patuh," kata Ahli Parlimen PKR yang enggan namanya dinyatakan. Difahamkan sebanyak tiga nama dicadangkan iaitu Zaid; pakar saraf, Dr. Halili Rahmat dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

“Nama Syed Shahir digugurkan. Kita hanya menentukan antara Zaid dan Dr. Halili. Namun sokongan kepada Zaid lebih kuat maka Anwar memilihnya," kata seorang lagi Ahli Parlimen. Sementara itu, sumber terdekat PKR memberitahu, berdasarkan tinjauan di peringkat akar umbi menunjukkan bahawa Zaid yang sebelum ini dilihat sebagai pejuang perubahan sistem kehakiman mampu menarik pengundi Cina.

“Kita lihat dia sebagai calon heavyweight yang mampu menumpaskan Barisan Nasional,” kata seorang ahli PKR yang lain. Difahamkan dengan pemilihan Zaid, PKR berpecah kepada tiga kumpulan.Satu, yang menyokong Zaid sepenuhnya sementara kedua, 'tidak akan bekerje kuat memasikan kemenangannya manakala kumpulan ketiga ialah yang akan mengsabotaj bekas ahli Umno itu dengan menggantikannya dengan calon pilihan mereka selain akan memecahkan undi kepada pembangkang.

 
Komen Isac;
 
"Tiga Abdul" ataupun "Madu Tiga" ? Adakah PKR sengaja mahu memainkan sentimen ini kerana mahu BN leka? Itu tak salah, kerana seperti "peperangan", "pilihanraya" juga perlukan strategi yang ampuh dan tipu-,muslihat........
 
Ingat ya, "tipu-muslihat" bukannya suruh "menipu" dan "mengaibkan" lawan....
 
Apapun memang dapat kita perhatikan ada satu kelompok di dalam PKR yang di lihat tidak berapa senang dengan Datuk Zaid kerana kehadiran beliau telah mengganggu-gugat kedudukan "anak emas" DSAI dalam PKR. Bahkan Zaid kalah dalam PRK P94 Hulu Selangor nanti, pasti kekalahannya itu akan diraikan oleh golongan ini.

2 comments:

  1. Zaid? abis le PKR. PAS tumpang tumbang.

    ReplyDelete
  2. Biasa lah di dalam Parti Politik, jika kita bergelar Pemimpin, dan Pejuang membela nasib Rakyat, mesti ada sahaja yang tak senang, Tetapi yang tak senang hanya lah sebilangan kecil sahaja, yang penting Pengundi tahu, kehadiran Datok Zahid Ibrahim keluar dari Umno dan meningalkan kursi empok di Jabatan Perdana Menteri, hanya lah untuk membela nasib Rakyat yang tertindas.

    Saya rasa Manusia seperti Datok Zahid harus di Julang sebagai Pemimpin membela nasib Rakyat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3