bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Oct 2010

Zaid & Khalid Kuasa Baru Dalam Pemilihan PKR??? Apa Kata Ahli-ahli PKR???

Percaya ataupun tidak selama ini, rakyaat Malaysia melihat PKR sebagai sebuah parti milik anak-beranak DSAI. Paling tidakpun ia dalah parti keluarga buat DSAI dan kawan-kawan rapat beliau.

Sekiranya monopoli ini dapat dipecahkan, ataupun setidak-tidaknya para calon "dilihat" bebas untuk bertanding jawatan-jawatan besar dalam PKR tanpa sebarang tekanan, mungkin pandangan negatif ini akan dapat dihakis. 
Jika sebelum ini Datuk Zaid pernah melahirkan hasrat untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika Tan Sri Khalid mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut, nampaknya kini beliau perlulah mengotakan janjinya kerana Tan Sri Khalid telahpun mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Zaid juga pernah membayangkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden, untuk memberikan laluan buat Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Jestru pada pandangan penulis inilah masanya yang sesuai untuk Datuk Zaid bertanding jawatan Presiden dan membiarkan Tan Sri Khalid bertanding melawan YB Azmin untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.

Buat Nurul Izzah pula, lebih baik beliau bertanding jawatan naib Presiden kerana masa buatnya masih panjang dan masih banyak pengalaman yang perlu beliau timba. Pertandingan dua penjuru antara Zaid dengan Wan Azizah dan di antara Khalid dengan Azmin pastinya ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja ahli-ahli PKR bahkan semua rakyaat Malaysia kerana sebagai sebuah parti yang agak besar, pastinya siapa bakal pucuk pimpinan tertinggi PKR sedikit sebanyak akan turut memberikan kesan kepada hala-tuju politik negara dan kehidupan kita semua.

Samada PKR boleh lari daripada persepsi negatif bahawa parti tersebut adaalah milik DSAI, hanya ahli-ahli PKR  yang boleh menentukannya...


3 comments:

  1. PKR akan lebih bermakna dan menjadi alternatif parti kepada rakyat Malaysia jika Zahid dan Khalid Ibrahim menerajui parti

    ReplyDelete
  2. Isac, kalau ahli-ahli PKR sedar bahawa Presiden yg ada ini hanya boneka atau teman tidur Anwar, mereka sepatutnya lebih bermaruah kalau menyingkiran keluarga dan kroni kaki liwat ini...

    ReplyDelete
  3. Zaid dan Khalid mungkin boleh membawa PKR lebih rapat dengan UMNO dan PERKASA.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3