bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Oct 2010

Salinan Laporan Polis - Rahimi. Siapa Sebenarnya Yang Menipu??? Siapa Jadi Si Luncai???



Komen Isac;

Sekarang zaman "fitnah". Apa yang kita nampak macam "benar" belum tentu benar dan apa yang kita nampak sebagai "salah" belum tentu benar-benar salah!!!

Jestru perpeganglah kepada tali Allah!!!


Ingatlah akan peringatan-peringatan Allah s.w.t. & Rasulnya s.a.w. kepada kita...


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


al-Hujurat; 6



“Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)


Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)


Pada pandangan penulis, rakyaat tentunya telah muak dengan "sandiwara" demi "sandiwara" yang dimainkan oleh orang-orang politik, menuduh tanpa bukti dan hanya berasaskan kepada "kenyataan bersumpah" yang kemudiannya dinafikan pula oleh tuan punya badan.

Mana pergi etika dan mana pergi harga diri??? Semasa mereka ini membuat kenyataan bersumpah pihak Pakatan Rakyaat akan "terkinja-kinja" bersorak dan bertepuk tangan, kononnya inilah "wira" rakyaat. Tetapi apabila mereka ini menarik balik kenyataan-kenyataan mereka yang terdahulu dan sebaliknya menyalahkan Pakatan Rakyaat pula yang menjadi "biangnya", mereka ini akan dimaki, dicerca dan terus-terusan dihina...

Sedang negara mensasarkan pendapatan tinggi buat rakyaat Malaysia dan masyarakat lain yang sememangnya "telah selesa" berlumba-lumba untuk mempertingkatkan diri masing-masing, tetapi masyarakat Melayu/Islam hanyut dengan fitnah!!! Terus berpecah-belah....

Biarkan Melayu/Islam terjun dengan labu-labunya, biarkan...biarkan....

Sejarah sentiasa berulang buat mereka yang tidak mahu berfikir!!!

2 comments:

  1. Semua orang boleh memfitnah, berbohong dan menipu. Tetapi bila masuk mahkamah maka semua saksi dan bukti foresik akan memainkan peranan untuk menyerlahkan siapa yang sebenarnya pembohong, penipu, pemfitnah.

    Ada hukuman untuk orang menjadi saksi menipu atau yang membuat angkara fitnah. Atau sekurang-kurangnya yang menipu/memfitnah tersebut akan di saman hingga berjuta ringgit.

    Masalahnya pihak yang menuduh orang lain memfitnahnya hingga membawa kepada perbicaraan dimahkamah sanggup melengah-lengahkan kes. Mengapa?..takut kesnya menjadi kenyataan dan akan didapati bersalah?, atau tidak cukup dalihan (alibi)untuk menghadapi perbicaraan?.

    Inilah akibatnya kalau menangguh terlalu lama. Jangan ingat untung sahaja. Saksi yang dulunya takut kini telah menjadi berani. Saksi yang dulunya lari bersembunyi tetapi kerana bosan dan terseksa sentiasa diancam kini tampil kemuka pengadilan. Saksi yang dulunya dikurung kini telah terlepas bebas untuk buat keputusan.

    Kepada pihak yang mahu keadilan berlaku mereka mengalu-alukan kehadiran saksi tersebut. Tetapi bagi pihak yang memang ada kepentingan atau pengikut tegar DSAI mulalah menggelabah dan sudah tentu tohmahan dan fitnah baru akan muncul. Mereka memfitnah tak apa. Tapi bila orang sanngup memberi keterangan di mahkamah mereka menuduh pula saksi tersebut membuat fitnah. Apa rasionalnya penagguhan?

    ReplyDelete
  2. Isac, dalam PKR terlalu banyak dari kalangan cerdik pandai yang kaki menipu..... apalagi macam si Latipah Toyer tu.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3