bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Oct 2010

Liwat II - Dr Siew Kata Kehadiran Air Mani, Bukti Saiful Diliwat!!!

Liwat II: Saiful dirawat tiga jam oleh doktor HKL

http://www.malaysiakini.com/news/146291
Hafiz Yatim
Okt 25, 10
10:18am

Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Serin Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.


Menurut Dr Razali beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.


Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Menurut Dr Razali, laporan perubatan Saiful disediakan pada pagi 13 Julai 2008 dan beliau diminta menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak atasan. Beliau mengaku ada terdapat laporan awal yang lain, selepas pemeriksaan dijalankan.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya berehat seketika dan bersambung petang nanti bagi membolehkan Dr Razali mendapatkan laporan berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.


Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.


Komen Isac;

DSAI kata pihak pendakwaan menipu tentang adanya laporan awal. Penulis cuma nak tanya satu perkara, mana perginya "laporan pemeriksaan perubatan" bukti yang dicanang oleh RPK kepada satu dunia bahawa Saiful tidak diliwat?

Saranan penulis jika bukit laporan RPK tersebut didapati palsu, sumbat aje beliau ke dalam penjara!!!!!

3 comments:

  1. Rilekss la AnWAR, jangan la GABRA. Masa kau beri keterangan dalam mahkamah nanti ceritalah apa yang sebenarnya berlaku. Nak kata kau tak pernah meliwat tapi ter'creettt' dalam dubur Saiful pun boleh. Boleh dengar tapi nak suruh percaya... tu serah je pada penganut2 Pengencing Rakyat, mereka je yang suka percaya kata2 kencingan AnWAR tu. Hahahahahaha.....

    Lagi satu, jangan pula bila dah diberi waktu untuk membela diri asyik sebut KONSPIRASI sana..KONSPIRASI sini.. cukuplah. Bukti konspirasi pun si AnWAR ini tak pernah tunjuk. Ada ke??? Cakap guna air liur je ada la. Kah.. kah..kah..

    ReplyDelete
  2. Bila mahkamah kata ada prima facie maka Anwar kenalah mempertahankan diri...masa tu nanti peguam pendakwaraya akan grill anwar....mesti ada gambar kuar nanti...nak tunggu pendakwaraya soal "Dah mandi junub ke tidak" kalau kapal sink boleh tanya saiful kenapa plak pendakwaraya tak boleh soal benda yang sama.....heheheheh jeng jeng....

    ReplyDelete
  3. ala si sink tu kan tanya sepol pasal mandi junub..islam yg baik kah? patut nya senang je boley jawab..dia tu kan singh x pakai turban dia tu..kan sgt dituntut oleh agama diorg jd dia penganut sikh yg baik ke?? so klau dah x baik tu..boleh je jd peguam yg baik yg akan tegakkan keadilan..KELDAIAN boleh aa

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3