bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Oct 2010

Gempar!!! Bukti Ahli Umno Mensabotaj Mesyuarat PKR & Sidang Media Sdr. Rahimi???

Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti
Okt 6, 10 3:24pm
Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN, dipercayai terbabit dalam mengganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.

"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.

Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan. Klik sini untuk kupasan lanjut.


Komen Isac;

Sengaja nak lari daripada isu ke? Bila dah agak lama...Rakyaat pun akan lupa....PKR ni pasti akan buat bodoh aje.... Mereka sebenarnya merendah-rendahkan mentaliti rakyaat dan penyokong-penyokong PR.

Dakwaan Dr Wan Azizah bahawa YB-YB Pakatan yang keluar Pakatan sedikit masa dahulu menerima imbuhan RM 2 juta setiap seorang daripada Umno  sehingga kini tidak dapat dibuktikan.

Pengumuman Ketua Umum PKR bahwa beliau akan membongkarkan "rahsia besar" Umno/BN selepas PRK tiga Bukit masih sepi...

Kononnya ada bukti DSN dan DS Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan Alantunya juga hanyalah satu "fitnah" yang masih tidak dibuktikan sehingga kini!!!

Terbaru anak buah sendiri berlagak samseng menahan sidang media bekas pembantu DSAI, Sdr Rahimi tetapi Umno pula yang dipersalahkkan...

Sampai bila rakyaat mahu diperbodohkan???

5 comments:

  1. ANAK JATI SELANGOR8 October 2010 at 11:49

    bodoh bodoh bodoh ... kenapa rakyat yg diperbodohkan .. adakah kerana rakyat memang bodoh .. tidak sesekali tapi PKR yang BODOH ..

    ReplyDelete
  2. Salam, bro, teman simpati betul lah dengan rakyat yang dah di bodohkan....rugi duit kerajaan buat sekolah, buat universiti, buat Sekalah Agama, Buat Sekolah tadika, akhirnya rakyat bodoh...huh....nak nangis ni.

    ReplyDelete
  3. nak cari sebab,namalah seorang dua. tapi yang di banyak tempat bergaduh sana sini, cuba cari juga.mana tau ada video yang bole di sabitkan.memang dasar suka nak salahkan orang lain

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dalam sejarah Malaysia sebuah parti politik dengan begitu berani membohongi rakyat di siang hari seperti PKR. BN juga pembohong dan penyangak tetapi PKR 100x pembohong dan penyangak.

    ReplyDelete
  5. org umno tak akan menerima org pkr masuk umno balik. jgn perasan

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3