Gara-gara gaduh adik-beradik, dua rumah terbakar
October 20, 2010
ALOR SETAR, 20 Okt — Gara-gara bergaduh adik-beradik, dua buah rumah dan sebuah kereta terbakar di Kampung Seberang Perak di sini malam tadi.
Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan seorang pemuda sakit mental yang sebelum itu dikatakan bergaduh dengan adiknya dan mengugut untuk membakar rumah mereka.
Ibu mereka Khua Ai Git, 56, berkata pergaduhan tersebut bermula 4 petang semalam, antara si abang Tan Chee Leng, 32, dan seorang adik lelakinya.
“Saya terpaksa buat laporan di balai polis kerana saya bimbang Chee Leng ada sakit mental. Saya risau Chee Leng akan buat seperti yang dia ugut (bakar rumah).
“Selepas buat laporan, anggota polis ada pergi rumah saya dan saya terus berada di balai polis kerana bimbang pulang ke rumah,” katanya.
Namun pada pukul 8 malam, Khua berkata beliau dihubungi adiknya yang memberitahu rumahnya dan sebuah rumah jiran sudah terbakar.
Komen Isac;
Inilah yang bakal menimpa Malaysia jika kita semua terutamanya Melayu/Bumiputera terus-terusan berbalah...negara bakal menjadi padang jarak-padang terkukur...
Yang untungnya DAP..... Jiran puntak selamat....
Komen Isac;
Inilah yang bakal menimpa Malaysia jika kita semua terutamanya Melayu/Bumiputera terus-terusan berbalah...negara bakal menjadi padang jarak-padang terkukur...
Yang untungnya DAP..... Jiran puntak selamat....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.