bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Oct 2010

Dulu Kata Umno Menang Sebab Pengundi-pengundi Hantu...Tapi Dalam Pemilihan Cabang PKR Pun Ada Pengundi Hantu???

Pelik bin ajaib!

Satu laporan berita melaporkan Nurul Izzah sudah cukup pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan pencalonannya dari cabang Sempoerna, Sabah.
Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang mengumumkan selepas mesyuarat Biro Politik parti PKR semalam.

Tetapi ketua Cabang PKR Sampoerna melaporkan kepada portal berita yang sama bahawa cabang tersebut tidak mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan timbalan Presiden PKR.

Md Abdul Wahab Abdullah, ketua cabang tersebut mengakui cabang PKR beliau terlewat menghantar pencalonan :- Bagaimanapun, Md Abdul Wahab mengatakan bahawa cabang PKR Sempoerna telah mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dan bukannya anak perempuan Anwar Ibrahim.

Alahai......dimanakah benarnya berita yang mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar Ibrahim telah layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden?


Kenapa wujud pembohongan di dalam pencalonan PKR? Apakah hak kepimpinan PKR untuk menolak hak ahli-ahli akar umbi PKR?
"Kita tahu tarikh (akhir serah senarai calon pada 10 Oktober), tapi pengawas JPP kata dia akan bawa sendiri cadangan (pencalonan) ke ibupejabat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kegagalan cabang tersebut menyerahkan senarai pencalonan jawatan tinggi parti kepada ibupejabat.

Semporna juga menjadi tumpuan ekoran tersebarnya laporan yang mengatakan cabang itu mencalonkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden.

Posting penuh blog MIM, klik sini.


Komen Isac;

Jika benar, Cabang PKR Sampoerna tak reti-reti nak buat laporan ke??? Itupun masih ramai yang "buta mata dan hati mereka".....

4 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

    Blog GB tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

    Di harap pihak Tuan dapat membantu GB untuk mempromosi blog saya..

    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    ReplyDelete
  2. Hantu ada dimana-mana..Maksud Seroja tu Ramadhan ..hantu diikat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3