Laungan ‘Guan Eng Penipu’ sambut KM Pulau Pinang
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6d8b2062-7f000010-1d956ad0-6dcd8ae3
Reaksi tersebut adalah simbolik kemarahan rakyat Pulau Pinang terhadap tindakan kerajaan itu menggunakan wang judi untuk program penghargaan warga tua dan pembasmian miskin tegar.
Kira-kira 100 pemuda yang membawa kain rentang bertulis "Lim Guan Eng, Dulu Wang Judi Haram, Kini Wang Judi Halal, Selamanya - Pembohong," serta kad manila bertulis "Kerajaan Kafir DAP", "Amar Mungkar Nahi Maaruf" dan "Umat Islam Pulau Pinang Tidak Mudah Diperbodohkan Lim Guan Eng", menunjukkan bantahan bersebelahan kenderaan rasmi Ketua Menteri di lapangan terbang itu.
Guan Eng yang keluar dari Bilik Menunggu Kenamaan LTABL dengan diiringi pengawal peribadi pada jam 8.35 malam selepas pesawat dinaikinya dari Adelaide-Singapura-LTABL mendarat pada jam 8.04 malam, terus menuju ke kereta rasmi sebelum "disambut" oleh kumpulan itu dengan jeritan "Guan Eng Penipu" beberapa kali.
Turut bersama beliau ketika itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, dan beberapa kakitangan kerajaan negeri.
Berita Harian melaporkan, Guan Eng yang tidak menghiraukan kumpulan berkenaan, terus masuk kereta sebelum kenderaan berkenaan meluncur laju. Selepas itu, kumpulan berkenaan bersurai dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Ketua Menteri bersama Mansor dan beberapa ahli rombongan dari kerajaan negeri melakukan lawatan rasmi ke Australia sejak 27 September lalu dan pulang hari ini.
Sejak Rabu lalu, umat Islam di negeri ini yang marah dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang dikatakan menggunakan wang judi untuk program penghargaan warga tua dan pembasmian miskin tegar, bertindak memulangkan wang berkenaan.
Setakat ini, lebih 100 orang sudah memulangkan wang berkenaan kerana tidak mahu menggunakan wang bersumberkan judi.
Ogos lalu, seorang siak sebuah masjid, turut menepuk bahu Guan Eng ketika bersemuka dengan Ketua Menteri bagi melahirkan rasa kecewa dengan layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu Pulau Pinang.
Selain itu, seorang peniaga kedai kopi juga bertindak mencurah petrol ke badannya dengan niat untuk membakar diri kerana kecewa dengan keputusan kerajaan negeri berkaitan peraturan keselamatan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). -3/10/2010
Laungan ‘Guan Eng penipu’ menyambut kepulangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini, Sabtu malam

Komen Isac;
Biar papa-kedana, hidup miskin dan merempat namun wang haram tidak sekali-kali mereka akan terima... Begitulah tingginya keimanan mereka...
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.