MP Gobala ugut keluar PKR jika proses pemilihan terus dinoda
October 14, 2010
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.
“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua. “Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.
Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini. Kata Gobalakrishnan (gambar), sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.
“Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen. Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.
Komen Isac:
Elok sangatlah tu!!! Kasi PKR ni bungkus cepat sikit!!! "Budak Jahat" PKR dah nak "terbalikkan" parti sendiri.... Pemilihan parti sendiri pun nak "diliwat" oleh pemimpin-pemimpin tertinggi... Apa nak jadilah PKR ni...
Nanti mesti DS Wan Azizah kata Gobala nipun dah "amik" RM 2 Juta dari Umno......
Jika betul kenapa orang PKR ni semua pelahap duit.....
Nanti mesti DS Wan Azizah kata Gobala nipun dah "amik" RM 2 Juta dari Umno......
Jika betul kenapa orang PKR ni semua pelahap duit.....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.