bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Oct 2010

Gempar!!! TG Nik Aziz Bakal Bertanding Melawan Ku Li di Galas???

DUN Galas: Tindakan Umno rendahkan martabat Ku Li, kata Nik Aziz

October 02, 2010
KOTA BARU, 2 Okt — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Kelantan (gambar) itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

“Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

“Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.


Komen Isac;

Tajuk di atas dilihat agak "merapu" tetapi, sekiranya TG Nik Aziz benar-benar mahu menjaga air muka YM Tengku Razaleigh, penulis rasakan beliaulah satu-satunya pemimpin Pas paling kanan yang layak untuk menentang Ku Li.

Samada seseorang itu boleh menjawat dua jawatan YB dalam satu-satu masa, tidaklah pula penulis tahu. Jika tidak boleh, apa kata TG Nik Aziz melepaskan jawatan YB yang disandangnya sekarang bagi membolehkan beliau bertanding di Galas?

Setahu penulis, seorang YB tidak boleh bertanding jawatan YB di kawasan di mana beliau meletakkan jawatan, tetapi tidak pasti samada beliau boleh bertanding dalam kawasan lain atau tidak???

Apapun jika pertandingan TG Nik Aziz lawan Ku Li benar-benar berlaku di Galas pastinya ianya akan menjadi satu pertembungan bersejarah!!! "Clash of the Centuries!!!"

Yang penulis cuba ingin sampaikan sebenarnya,  tak perlulah TG hendak menyusah-nyusahkan diri dalam memikirkan siapakah calon yang sesuai untuk diturunkan oleh Umno di Galas....

6 comments:

  1. hah...
    pon macam ade yg x kena dgn nik aziz nih..
    pesal sibuk2 hal orang lain..
    fikirlah tentang parti sendiri..nak letak sape jadi calon..

    ReplyDelete
  2. lojik la sikit brader..langsung tak memungkinkan TGNA lawan Ku Li..

    1. seseorang hanya dibenarkan menjadi ADUN bagi satu kawasan sahaja..apatah lagi dalam negeri yang sama..hanya dibenarkan memegang satu parlimen dan satu DUN..

    2. kalau meletak jawatan ADUN atau ahli parlimen, tidak dibenarkan bertanding pilihanraya selama 5 tahun..

    untuk TGNA, apa pulak tak boleh dari parlimen turun ke DUN?najib pernah buat semasa menjadi menteri besar pahang..kenapa Ku Li tak boleh pulak?

    ReplyDelete
  3. Patek tak faham laa.... kenapa.? Keturunan RAJA tak boleh bertanding untuk DUN (State) ke.?

    **Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.***

    Tak masuk akal patek langsung.!!! Nak tergelak pun ada.... Hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Hamba Patek heran laaaa, kenapa anak RAJA tak boleh bertanding untuk DUN (State) ke..??
    Patek tak faham bab ni. TG Nik Ajis pun berketurunan raja juga, tapi boleh pulak bertanding untuk DUN.?

    **“Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini."***

    Patek nak tergelak pun ada dgn komen TGNA.!!! Hehehehe.... Kelakar la MB Kelantan ni.

    ReplyDelete
  5. apa kata letak mat sabu lawan ku li?

    ReplyDelete
  6. Itu cuma taktik Nik Ajis je...dia bimbang jika BN calonkan Tengku DUN Galas akan berubah tangan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3