Wee sahkan akuan bersumpah pertama Rahimi tidak babitkan PM dan isteri...http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a5f871d9-7f000010-1d956ad0-c3119325
Oleh: ROSLAN BIAN
Kenapa akuan bersumpah pertama yang ditandatangi Muhd Rahimi Osman, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh hilang?
“Ini pelik,” kata Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong sambil mendakwa ujud skandal dan konspirasi dalam (PKR berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Malah bekas pemimpin PKR itu turut kecewa kerana Ketua Penerangan parti itu Latheefa Koya cuba mengaitkannya dalam isu tersebut sedangkan beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama Rahimi sebagai Pesuruhjaya Sumpah.
Katanya, akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi padal awal pagi 29 Jun 2008 tidak mengaitkan mana-mana pihak berhubungan laporan liwat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful" .
"Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) pasali keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Beliau percaya, keujudan akuan bersumpah kedua kerana ada motif tertentu yang tidak berpuashati dengan akuan bersumpah pertama yang dibuat oleh Rahimi.
Menurut Wee, beliau tidak terbabit dengan akuan sumpah ke dua.
"Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa (motif) akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu".
"Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis atau peguam negara mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu," katanya.
Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu.
Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam.
"Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun.
"Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan," katanya.
Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar,
Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri.
Sehubungan itu, Wee berhasrat mendedahkan kandungan surat bersumpah pertama Rahimi yang beliau dapat mencari dokumen itu yang diyakini masih ada dalam simpanannya.
Dalam pada itu, Wee juga mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan akuan bersumpah sehingga jadi alat politik -13/10/2010
Komen Isac;
Jika apa yang dinyatakan oleh YB Wee benar, ini akan meletakkan kedudukan peguam Latheefa setaraf dengan RPK yang dikatakan banyak memalsukan dokumen-dokumen yang disiarkan di dalam blog beliau.
Mungkin itulah kebebasan yang PKR tegakkan.... Kebebasan untuk memfitnah!!!
Akuan Bersumpah itu dihilangkan kot sebab tak kuat untuk diketengahkan..sebab tu perlu yang kedua...
ReplyDeleteFuhh .. akuan sesumpah boleh dibuat pada 2 dan 3 pagi. Bukankah kedai sesumpah hanya boleh dibuat waktu pejabat isnin hingga jumaat je.... itu yang aku kena bila nak buat akuan sumpah masa IC hilang dulu. Maklumlah rakyat marhein macam kita ni mana ada kelas....
ReplyDeletemacam filem tamil lorr,berbelit2...apatah lagi pelakon2 utama pon ada darah sana punya,kutty la,cucu la :).patut la
ReplyDeletemajlis peguam duduk dengar dan pandang je ke? gila kuasa punya manusia. hei setan bertopengkan manusia, buatlah sedaya yg otak kontot ko boleh fikirkan, TUHAN ALLAH YG MENGUASAI SELURUH ALAM INI AKAN MELINDUNGI MANUSIA YG BERIMAN, INSAF DAN BERTAUBAT SERTA AKAN MENDIRIKAN KEBENARAN.......
ReplyDelete