bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Oct 2010

PRK Galas - Kenali Calon Pas dan Layakkah Beliau???

Nik Aziz yakin Dr Zul mampu pertahan kerja cemerlang di Galas
http://m.themalaysianinsider.com/home.php


October 22, 2010GUA MUSANG, 22 Okt — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kerana yakin mampu meneruskan kerja cemerlang wakil rakyatnya Allahyarham Che Hashim Sulaima.

Selain itu kata Menteri Besar, PAS memilih Dr Zulkefli sebagai calon terbaik kerana beliau dikenali ramai di kawasan Gua Musang dan pernah diuji dalam dua pilihan raya umum lalu.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai calon kita bagi pilihan raya DUN Galas... beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” kata beliau ketika mengumumkan bakal calon itu di Dataran Ilmu di sini menjelang tengah malam tadi.

Dr Dzulkefli (gambar), seorang pengamal perubatan, merupakan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya Ahad ini.

Dr Zulkefli, 44, merupakan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.

Beliau yang memperoleh ijazah perubatan dari Universiti Malaya memiliki klinik sendiri di Ciku 3 di sini.

Beliau pernah kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.
Walaupun kalah kepada Tengku Razaleigh pada 2008, tetapi Dr Dzulkefli memperoleh undi terbanyak dari kawasan DUN Galas berbanding Ketua Umno Gua Musang.
Bahagian Parlimen Gua Musang mempunyai tiga kerusi DUN termasuk Galas salah satunya.

Kekalahan itu merupakan kali kedua beliau tewas kepada Tengku Razaleigh dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Gua Musang.

Dr Zulkefli juga pernah bertanding kerusi Parlimen Gua Musang pada 2004.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Hadir sama pada majlis pengumuman calon semalam ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.


Komen Isac;

Seperti yang diwarwarkan oleh Pas, calon mereka tidak merokok, tidak pernah melakukan dosa-dosa besar dan meninggalkan dosa-dosa kecil (bukan seorang yang fasik).

Hebat...Satu hasrat yang mulia dan perlu ada pada setiap umat Islam!!! Mungkin Pas juga perlu meniru perilaku Sultan Muhammad Al Fatih dan tenteranya, Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad r.a.)

Baginda bukan setakat tidak merokok, tidak pernah berbuat dosa-dosa besar dan bukan seorang yang fasik, malah baginda juga tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akli baligh, subhanallah....

Perbanding di antara calon Pas dengan Sultan Muhammad Al Fatih, hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu....




1 comment:

  1. Mungkin calon orang asli tak terpilih kerana kuat merokok?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3