Walaupun kecewa dengan insiden pergaduhan yang berlaku semasa proses pengiraan undi pemilihan PKR cabang Sabak Bernam malam tadi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa akan datang.
Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.
"Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti.
"Saya percaya kalau ini dilakukan sudah tentu rakyat memberi kepercayaan kepada parti untuk menerajui mana-mana negeri atau negara," katanya yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup, di Kuala Selangor hari ini.
Komen Isac;
Secara tidak langsung ia membuktikan budaya "tidak sihat" dalam PKR telah lama berakar-umbi. Menuduh semua orang tak "betul" tapi sendiri lagi teruk. Pemilihan sama-sama dalam satu partipun mengggunakan konsep "mengadu-domba", jatuh-menjatuh, mencerca satu sama lain dan malah sampai bergaduh.... Dah memang dasar mengamalkan budaya samseng, terbawa-bawa sehingga ke dalam parti....
Sebelum ini Saifudin dan Anwar sewenang-wenang menyalahkan Umno yang kononnya menjadi dalang.... Betullah seperti pepatah Cina, "ikan menjadi busuk, bermula dari kepala".......
Dah "kepalanya" tak betul, anak buahpun apa lah lagi????.

Nuar Berahim dan Tian Chua terpaksa lari ke London untuk selamatkan PKR.
ReplyDeleteTak siapa dapat menahan ahli dan pemimpin bawahan yang sedang mengamuk sakan.
Keruntuhan PKR sedang berlaku dengan momentum yang amat laju.
Di kalangan pemimpin tertinggi juga sedang bercakaran, tuduh menuduh, tindas menindas untuk memancung antara satu sama lain.
Selepas ini PKR akan disisihkan oleh rakyat secara total.
lawati: http://bahteramerdeka53@blogspot.com
PKR memang dah rosak dri dulu.. tak siapa yang nafikan mereka yang menyokong PKR adalah mereka yang bencikan BN/UMNO tetapi pada masa yang sama tak sukakan PAS, DAP dan parti komponen lain.
ReplyDelete