Program: Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan sumber klik sini.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun ke-20 Kerajaan Pas Kelantan .
Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
Komen Isac;
Dalam politik apapun perkara yang dilakukan selalunya ianya sengaja digembar-gemburkan kerana mahukan "millage". Itu perkara biasa, jestru pihak yang melakukan "propaganda" tersebut tidak bolehlah marah kepada pihak lawan, sekiranya "propaganda" mereka itu tidak berjaya dan telah "ditafsirkan" sebaliknya.
Oleh itu harapan penulis janganlah "kecewa" ataupun memusuhi penulis semata-mata kerana penulis berjaya mematahkan "propaganda" mereka, Itu lumrah dunia politik.
Secara peribadi penulis lebih rela Pas memerintah Kelantan berbanding PKR apa lagi jika DAP (mintak dijauhkan Allah s.w.t). Alasannya tak payahlah penulis nyatakan disini, kerana penulis percaya jauh di sudut hati setiap penyokong-penyokong pakatan yang berketurunan Melayu/Islam dan juga Bumiputera, sebenarnya mereka juga bersetuju dengan penulis.. Jika tidak masakan ramai pemimpin-pemimpin Pakatan yang telah meninggalkan "perjuangan" mereka dan kini menyokong BN.
Penulis berharap suatu hari nanti semoga Melayu/Bumiputera akan dapat bersatu dan menerajui bumi bertuah ini buat selama-lamanya.
Berbalik kepada anugerah yang diterima oleh TG Nik Aziz, apa yang nak dihairankan??? Dalam hiraki Pas, TG Nik Aziz adalah pemimpin tertinggi, malah lebih tinggi daripada tuan Presiden Pas TG Hj. Hadi.
Jestru jika yang menganjurkan majlis adalah Pas, yang terima anugerahnya pulak adalah pemimpin tertinggi Pas, apa yang nak dihairankan dan apa perlu yang nak dibangga-banggakan?
Sekiranya Pas terus memerintah negeri Kelantan, penulis berharap agar pembangunan duniawinya juga akan dapat dipertingkatkan dengan sewajarnya kerana jika tidak, yang ruginya juga adalah saudara-saudara kita orang-orang Melayu/Islam.....Dan apalah gunanya memerintah lama-lama jika orang-orang Melayu masih tertinggal dalam serba-serbi serta anak-anak negeri Kelantan terpaksa menumpang nasib di negeri-negeri di bawah pemerintahaan BN untuk mencari sesuap nasi???
Ini lah yang dinamakan "Masuk Bakul Angkat Sendiri". Seandainya anugerah di beri oleh pihak luar, itu yang harus dibanggakan kerana pengikthirafan ditaraf Global macam Tun Mahathir. Mana2 aku pergi kat US, atau UK, bila bercakap pasal Malaysia, mereka tetap ingat pada Tun. Bila aku ajukan Nama Nik Aziz, jawapan mereka ialah, "Who is he..."
ReplyDeletePelik tapi benar...
Ciri-Ciri Tokoh Pembangunan Islam PAS:-
ReplyDelete1. Boleh mengkhafirkan sesama saudara islam.
2. Fatwanya Orang PAS sahaja didunia yang dapat
masuk syurga.
3. Suka kumpul kekayaan dunia (Jutawan)
4. Suka mengelarkan pemimpin lain dengan gelaran
menyakitkan hati orang lain seperti Maha
5. Fatwanya Tuhan mencaruk.
6. Suka memohon kepada Tuhan memudaratkan orang.
7. Mengkafir kumpulan lain kawan dengan bukan islam, tetapi mengislam kaum kafir dengan gelaran tokok islamik.
8. Dapat halalkan benda haram, haram benda halal.
Nak tulis banyak lagi....Apakah ini tokok islamik seperti ciri-ciri dalam Islam dan pedoman Quran dan Hadis nabi.....
salam..
ReplyDeletepada tuan rumah..terima kasih kerana masih mengharapkan PAS terus mentadbir bumi Kelantan..
soal kelemahan, itu diakui, dan sememangnya PAS perlu pertingkatkan pembangunan, dan kerajaan pusat perlu bersama2 membantu membangunkan negeri ini...
terima kasih atas kritikan membina anda...kita tetap bersaudara..
Sebenarnya ada sebahagian besar "ahli biasa" PAS merasakan sudah sampai masa untuk Tok Guru bersara atau dibersarakan. Kualiti kepimpinan beliau juga ibarat seorang pesara. Jelas kelihatan..orang lain yg lebih banyak buat keputusan bagi pihaknya (sama seperti Tun Abdullah). Tok Guru juga sering kali flip-flop kerana tak update dengan keadaan semasa seiring dgn keputusan2 yg telah dibuat terdahulu. Kiranya beliau membuat keputusan atau berhujah atas kapasiti sendiri, seperti yg selalu kita lihat, lebih mengikut kehendak nafsu dendam, tidak berhujah secara akademik & intelektual, tidak bersandarkan statistik semasa dan tiada perancangan jangka panjang yg membawa keuntungan kepada negeri dan kemajuan dalam kualiti hidup rakyat. Anehnya tiada bantahan majoriti dikalangan ahli PAS. (mungkin negeri lain ada selain Kelantan!)
ReplyDeleteKasihan sebahagian rakyat jelata yg rezeki tak seberapa tidak sedar mereka telah ditipu dan kena tanggung bahana hasil kepimpinan yg tidak berkualiti hanya kerana nak jaga hati Tok Guru yg dinobat dan dijaja sebagai "keramat" tetapi realitinya beliau tiada kebolehan memimpin.
Lucu melihat gelagat bangsaku yg selalu menang sorak kampung tergadai. Lebih-lebih lagi ego pemimpinnya. Seperti mereka tidak sedar siapa yg memilih mereka (rakyat jelata seperta saya juga). Bila kuasa berada dlm tangan mereka, lebih terpampang nafsu serakah untuk kekal kuasa, tidak lagi boleh ditegur walaupun terang-terangan sudah tergelincir dari matlamat sebenar menjadi seorang pemimpin.
Kasihan pengundi macam kami. Ibarat "Di telan mati emak, diluah mati bapak"..yg dicari pemimpin sejati untuk kemajuan umat..bukan pemimpin populariti..
Sebenarnya pembangkang penting pada sesebuah negara.. tanpa pembangkang kerajaan akan tido dan negara tak boleh berkembang mcm sebelum pru12.. bila menang mejoriti byk.. depa pon syok sendiri.. so ajak pi tidok ramai2..
ReplyDeletetetapi sejak diambik alih oleh pemerintah Najib ni.. kerajaan dah banyak buat perubahan untuk rakyat.. kerajaan mula sedar yg depa tak blh tidok lama2.. itu yg rakyat nak.. tetapi sejak akhir2 ni pulak perangai segelintir pembangkang nampak seperti perumpamaan "kera mendapat bunga"... buat perkara yg bertentangan..
Secara jujurnya pendapat dan pandangan peribadi aku, Pakatan Rakyat akan mengalami kekalahan besar menjelang PRU13.. ini krn trend PRU12 bukan kerana pembangkang kuat tetapi Pemimpin atasan parti kerajaan yg lemah..
Membangun bersama menantu dan kroni hehehehheheh
ReplyDeletebagi je lah....JUARA SELURUH DUNIA TERMASUK ALAM SEMESTA PUN ....DIA JE LAH....SEBAB...DIA JE YANG PALING ISLAM DALAM DUNIA NI....NEGERI DIA PUN PALING SUCI DARI SEGALA BENTUK MAKSIAT..SPT..RMH URUT..SUCI SESUCI-SUCI NYA....SETITIK ARAK PUN TAK ADA...TENGOK BOLA PUN RAKYAT DIA SIAP BERZIKIR LAGI..TAK PERNAH SEKALIPUN BERGADUH...
ReplyDeleteMembangun bersama Isle slogan Pis. kena kejut abang besar Dapig jatuh macam nangka busuk
ReplyDeleteriaknya...ini ker contoh pemimpin muktabar???
ReplyDeletekayrules
Orang yang beragama akan dekat dengan unsur agama : seperti suka kepada ceramah agama, rancangan TV yang bercorak agama, buku2 / kitab agama atau sekurang2 nya menghormati guru agama.
ReplyDeleteWalau apa saja alasannya, sesiapa yang memandang rendah dan hina kepada unsur agama akan terkeluar dari agama yang mereka anuti.
Jangan jadi manusia yang munafik - mengaku beragama Islam tetapi bencikan agama didalam hati / berasa tidak berpuas hati dengan ajaran agama hanya semata2 mengejar dunia yang fana'.