bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Mar 2010

Umno Jangan Terlalu Yakin....Dan Komponen BN Jangan Tamak...


http://www.malaysiakini.com/news/127537
Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
Abdul Rahim Sabri
11:24am Mac 26, 10

BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang. Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari. SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Komen Isac;

Umno dan BN kena berfikir secara bijak di dalaam menentukan calon mereka. Strategi dan calon kena tepat. Berdasarkan kepada majoriti 198 dalam PRU 12 lalu dan peratusan pengundi mengikut kaum, secara lojiknya BN ada peluang untuk merampas kerusi tersebut sekiranya meletakkan calon yang betul dan diterima rakyaat.

Dalam percaturan mudah, calon dari Umno pastinya akan mempunyai lebih peluang untuk memenangi kerusi tersebut kerana majoriti pengundi adalah berketurunan Melayu, tetapi perlu dipastikan bahawa calon tersebut semolek-moleknya adalah anak tempatan dan selama ini telah berkhidmat dan diterima oleh pengundi-pengundi di kawasan terbabit.

Pengalaman daripada PRU 12 yang lalu, jangan sesekali meletakkan calon "payung terjun" yang tidak dikenali dan disenangi oleh pengundi-pengundi kawasan terlibat. Cari calon yang dekat dengan pengundi-pengundi dan bukannya calon yang hanya muncul ketika pilihanraya berlangsung.....Semoga berjaya!!!

1 comment:

  1. Jika ada prk, InsyaAllah BN-UMNO akan menang, InsyaAllah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3